Bapa dedah mengapa Ainul Mardhiah ambil masa untuk tutup mulut

“INSYA-ALLAH, tak lama lagi mulut Ainul Mardhiah akan tertutup semula. Mungkin sebab mulutnya terlalu lama terbuka akibat ketumbuhan.“Mungkin dia tidak biasa dengan keadaannya tanpa ketumbuhan itu,” kata Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, menerusi status di Instagram (IG) hari ini. Katanya, dia meminta rakyat Malaysia mendoakan anaknya itu boleh menutup mulutnya segera.“Doakan Ainul Mardhiah dapat menutup mulutnya. Sekarang pun mulutnya hampir tertutup. Berkat doa semua anak saya akan kembali sembuh.

“Keadaan Ainul Mardhiah semakin baik. Jika esok keadaannya baik atau bertambah baik seperti hari ini, Ainul akan dipindahkan ke w4d biasa.

“Hari ini, saya nampak dia senyum dan yakin Ainul Mardhiah kuat,” katanya.

Ahmad Safiuddin berkata, dia dimaklumkan mengenai keadaannya oleh jururawat yang menjaga Ainul Mardhiah di Pusat Penjagaan Intensif Pediatrik (PICU).

Sementara itu, menerusi status di Facebooknya, Ahmad Safiuddin menjelaskan pihak hspital mahu memantau keadaan anaknya itu dalam tempoh sebulan atau sebaliknya.

“Mereka (pakar) di sini mahu pantau Ainul dulu. Mereka mahu pastikan bahawa ketuvmbuhan itu tidak akan datang semula (semoga Allah SWT jauhkan).

“Jika mereka yakin yang Ainul bebas dari sebarang perkara tidak diingini (berulang ), mungkin Ainul boleh balik.

“Sebenarnya, kami sebagai penjaganya boleh saja minta Ainul segera dibawa pulang tetapi demi kebaikan Ainul, kami akan selesaikan semua perkara penting di sini sebelum membawa pulang Ainul ke tanah air.

“Biarkan pakar buat kerja mereka, biar mereka putuskan bilakah masa sesuai untuk Ainul keluar dari hspital,” katanya.

Katanya, buat masa terdekat ini, Ainul perlu dijaga dengan rapi, banyak perkara perlu diteliti selepas membuat pembdahan.

Selepas fasa ini selesai, berkemungkinan Ainul akan melalui fasa seterusnya iaitu belajar makan guna mulut.

“Doktor di sini mungkin akan cuba mengajar Ainul makan menggunakan mulut. Selain pernah memiliki ketvumbuhan, Ainul juga memiliki ‘cleft palate’ (lelangit cakera) sejak lahir.

“Pembdahan untuk lelangit cakera ini mungkin akan dibuat selepas berat badan Ainul sesuai iaitu antara enam hingga lapan kilogram (kg),” katanya.

Menurutnya, dia yakin jika Ainul boleh bercakap sekarang sudah pasti dia mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya.

“Sekarang ini, ucapan terima kasih itu ditunjukkan melalui kesihatan dan kekuatannya,” katanya.

Isnin lalu, bayi sembilan bulan yang menghidap Germ Cell Tumour itu dilaporkan stabil tetapi masih direhatkan selepas menjalani pembdahan membuang ketumbuhan pada mulutnya di sebuah hspital di London.

Ainul Mardhiah semakin baik, sudah pandai senyum

Perkembangan terkini mengenai keadaan adik Ainul Mardhiah terus mendapat perhatian rakyat Malaysia apabila kemaskini terbaru yang dikongsikan bapanya, Ahmad Safiuddin mula mendapat perhatian.

Menurut Safiuddin, keadaan Ainul semakin baik, dan jika esok bertambah baik, Ainul akan dipindahkan ke w4d biasa.

“Hari ini saya nampak dia senyum.”

Ketika ditanya berapa lama lagi tempoh diperluukan untuk Ainul menjalani rawatan di sana, Safiuddin memberitahu, tempohnya mungkin sebulan atau lebih.

“Mereka di sini mahu pantau Ainul dulu.

“Mereka mahu pastikan bahawa ketumbuhan itu tidak akan datang semula (Semoga Allah jauhkan).

“Jika mereka yakin yang Ainul bebas dari sebarang perkara yang tidak diingini (berulang), mungkin Ainul boleh balik,” jelasnya menerusi kemaskini di Facebook.

Katanya lagi, sebagai penjaganya boleh sahaja minta Ainul segera dibawa pulang.

Tetapi, demi kebaikan Ainul, mereka akan selesaikan semua perkara penting di London sebelum Ainul dibawa pulang ke tanah air.

“Biarkan pakar buat kerja mereka, biar mereka putuskan bilakah masa sesuai untuk Ainul keluar dari hspital.

“Untuk masa terdekat ini, Ainul perlu dijaga dengan rapi, banyak perkara perlu diteliti selepas buat pembdahan.

“Selepas fasa ini selesai, berkemungkinan Ainul akan ada fasa ‘belajar makan guna mulut ‘, ” ujarnya lagi.

Pembdahan yang mengambil masa selama lima jam pada Isnin itu berjaya membuang keseluruhan 200 gram tum0r di bahagian mulut Ainul.

p/s: Ayuh rakyat Malaysia sama-sama doakan kesihatan adik Ainul

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: hmetro via detikberita

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*