Baju dijual tiada sambuutan, isteri dan anak pula s4kit – Adam Corrie

BULAN Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga namun turut mengajar seseorang itu mengenal erti kesabaran dalam menghadapi sebarang dugaan.Begitu yang terjadi kepada pelakon Adam Corrie apabila jualan baju kurtanya di Busana Menara Mara tidak mendapat sambuutan.Menurut Adam atau Adam Corrie Lee Abdullah, 51, dia tidak dapat tidur yang cukup kerana memikirkan stok bajunya yang sudah ditempah.

“Tahun ini merupakan tahun kelima saya berniaga di Busana Menara Mara. Cuma tahun ni saya rasa sedih sikit sebab dah membazir dua minggu.
Adam rungsing memikirkan jualan baju kurtanya tidak mendapat sambuutan.

“Kedai saya tiada jualan dan tak ada orang datang membeli disebabkan Jalan Tuanku Abdul Rahmah (TAR) ditutup. Saya tak dapat tidur dan saakit kepala kerana memikirkan stok baju banyak.

“Saya dah tempah beribu helai baju dan sekarang saya tak tahu nak buat apa. Tinggal lagi beberapa hari sahaja nak raya,” katanya kepada mStar.

Adam ditemui pada majlis berbuka puasa Pencil Picture Sdn Bhd dan pelancaran filem Ada Apa Dengan Dosa di Halaman Shah Alam, pada Selasa.

Dalam pada itu, pelakon filem KL Gangster itu turut meluahkan rasa sedih apabila isteri dan anaknya kini dalam keadaan tidak sihat.
Adam bimbang dengan keadaan isteri dan anaknya yang tidak sihat.

Kata Adam, dia berasa bimbang dengan keadaan anaknya, Adam Fateh apabila doktor memberitahu ada d4rah ketika membuat rawatan menyedut kahak.

“Dalam keadaan saya rungsing memikirkan jualan baju tu, isteri saya tak sihat dan anak pula demam serta batuk.

“Saya ada bawa Adam pergi hspital baru-baru ini, masa doktor buat rawatan menyedut kahak, ada d4rah pula.

“Lagi membuatkan saya risau sebab tak tahu nak buat apa. Sudah empat hari saya tak tidur malam sebab anak tak sihat,” ujarnya.

Adam mendirikan rumahtangga dengan Fazema Mohd Fuad, 37, pada 2008 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada 11 Julai 2018.

Apa komen netizen : 

Nizam: Anggap ujian dari Allah swt.Sabar terus bersabar insya allah Ada ganjaran Bila kamu bersabar dan istiqamah.

Re miyo : Sabar bossku semua pn mmg alami benda bgtu skrg dan sblmnya.. Bykkan bsabar

June hassan : Sabar Adam …Ujian Allah…Insya Allah berkat doa peminat2 akan beroleh kejayaan dlm perniagaan …semua atas limpah rahmatnya…dan Insya Allah juga anak dan isteri akan kembali sihat

Aida sufi : Sabar yea adam..ujian utk awak….mesti ada yg lg baik akan menanti..sabar tau…kesihatan kena jaga juga..semuga anak dan isteri pulih sprti sediakala..

Azidah : Ujian allah semoga hambanya bersabar dgn dugaan ini insha aallah semoga di permudahkan jualan baju corrie dan semoga anak bini cepat sembuh..

Zakaria : Ini semua ujian allah.kita sbagai hamba dia kena sabar.in shaa allah.semoga cpat semboh aamiin

Sumber: mstar via kotakmedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*