Ayah tiri bawa maid seberang tidur serumah. Kami dihalaunya keluar. Akhirnya kntoi ditgkap basah

Foto sekadar hiasan.Dah lewat malam ni. Aku tak boleh tidur. Teringat dekat arwh mak and ayah.. Tak kisah la esok kerja ke tak tapi aku rasa macam nak luahkan isi hati sbb rindu sangat so aku pilih untuk luah kan di sini..Mak pergi tinggalkan kitorang adik beradik masa raya haji 2017. Aku still rasa mcm baru je lagi mak pergi. Ye masa tu aku tengah sambung belajar diploma baru habis first year.

Sehari sebelum puasa aku habis final. Habis je final exam aku terus drive balik dari kuala selangor ke nilai. Otw balik accdent kene lnggar tapi nasib baik tak teruk and nasib baik masa tu dah dekat nak sampai rumah.

Dah la tu kereta viva kesayangan mak aku. Sampai je nilai terus pergi spa arwh mak bersama sejambak chocolate bouquet sbb mak pernah call cakap dia maybe ada knser rahim tpi Dr. salah tgk. Tah apa tah something mcm rahim tebal je. Then mak cerita kakak pun skit time tu tk ingt skit apa.

Masa tu mak cakap dia dah sihat dah. So aku pun cakap la bouquet tu utk kakak aku yang skit then mak aku merajuk dia cakap dia skit aku tkde pun bagi. Time tu tetibe rasa zupp tersentap nya dengar mak cakap mcm tu then apa lagi cover line la, ‘oo ni utk mak sekali la share dgn along. Adik buat khas utk dua dua’ baru la nampak muka mak ceria balik..

Mak skit masa ni, cuma dia tk bgtau aku pun dia skit. And dia sendiri tak tahu sebenarnya skit apa. Fast forward masa hujung ramadhan, dia panggil aku masuk bilik dia. “adik cuba pegang br3ast mak ni, rasa ada biji la kt tepi ni keras je” aku pun pegang. Mak tnya lagi “kenapa ni eh” then aku pun cakap “selalu kalau ada biji kt br3ast ni knser. Mak dh pergi check ke belum?

Pergi la check awal awal ni” tapi mak tk pergi check pun. Dia lengah kan masa sampai la ke raya puasa. Kitorang balik kampung tpi aku boleh nampak mak aku tengah tahan skit sbb dia asyik merengek je cakap skit la penat la.. Masa ni aku menyesal tak hantar pergi hspital terus..

Balik dari kampung dia memang dah tak tahan skit so dia pergi buat check up and dr diagnose dia br3ast knser tahap 2 tpi tk perlu operate pun cuma buat kemoterapi je. So mak kene admit ward. Time ni dh nak masuk sem baru, aku extend sbb nak jaga mak.

Masa dlm ward, ada benjol besar dkt dahi mak and perut mak membusung. Masa ni dh nak dkt raya haji. Dr sah kan yg mak sebenarnya knser lymphoma. Mak sempat buat kemoterapi sekali dkt hspital swasta ni then insuran dah habis cover kitorang minta transfer ke hspital kerajaan.

Silap kitorang dkt sini, tak terus bawak mak pergi hspital kerajaan tapi kitorang bawak mak balik dulu. Hari pertama mak boleh jalan duduk dekat laman termenung then mak tanya aku “adik rasa mak lama lagi?” aku tahan air mata sambil pujuk mak ” apa mak cakap ni mesti la mak lama lagi mak kan kuat.

Yg penting tak boleh putus asa” itu je yang mampu aku ucap. Aku menyesal tak bagi kata kata semangat lebih dkt mak sbb aku pun tahan nangis time ni. Maklum la aku cenggeng sikit kalau nak cakap heart to heart dgn mak ni. Dlm hati sayang depan depan ego.

Haritu mak minta makan pizza padahal mak not a big fan of fast food ni. Aku layan kan je. Hari ke 2 mak dh tk larat nak bangun dari tilam. Kencing pun aku tadah guna besen. Mak dah tak banyak cakap. Dia suruh aku potongkan kuku dia, mandikan dia, pakai kan bedak, losyen, lipstick sikit.

Lepastu aku teman mak baring borak borak dgn dia. Aku ingat lagi mak cakap “banyak pahala adik dekat mak” Allah mak, adik banyak dosa dekat mak tak terhitung dosa adik dekat mak tapi mak boleh cakap mcm tu..

Dalam masa sama bila kakak aku balik kerja (dia tolong jaga spa mak masa mak skit) aku bagi kakak aku pulak jaga mak aku sebab aku nak pahala tu biar kitorang semua dapat. Mak bagi aku semua barang kemas dia utk aku jaga.

Tapi tah mcm mana tempat yg aku rasa paling secure dah aku sorok boleh hilang separuh barang kemas tu. Masa ni mmg aku sedih gila rasa nak mti. Ada lah jugak sesi tuduh menuduh dlm rumah tpi tkde sapa nak mengaku so semua move on je la.

Hari ke 3 mak dah tak boleh bangun. Tidur je. Makan pun taknak. Buang air pun tak. Dia pun dah start lupa kitorang. Dia tak kenal family dia sendiri. Kitorang call ambulance. Rupanya buah pinggang mak dah rosak and hati dah rosak. Ambulance terus bawa mak ke hspital seremban.

Masa dekat hspital seremban ni mak agresif walaupun tak sedar. Dia nak cabut wayar jrum dekat badan dia. Pihak hspital pun ikat la tangan dengan kaki mak. Allah sedihnya tengok mak sendiri kene ikat macam tu tapi aku faham keadaan memaksa.

Mak semakin nazak. Dr. transfer ke hspital pakar di ampang. Dekat sini mak masuk 1cu masuk bilik kuarintin. Dekat 2 minggu mak dekat sana. Kitorang sewa homestay utk senang ulang alik tengok mak. Masa ni dh 2/3 hari raya krban di raikan tapi kitorang tak raikan pun sbb jaga mak.

Masa ni ingat segar lagi dlm ingatan. Waktu melawat dah habis. Kitorang semua nak pergi makan masa magrib ni. Baru keluar perkarangan hspital dlm 15 min mcm tu dapat call dari hspital suruh datang sbb mak dah nazak.

Aku dgn kakak aku sampai dulu. Apa lagi kitorang berlari pergi 1cu. Kakak aku sempat ajar mak ucap kalimah syahadah, aku hanya mampu menangis. Tak mampu bercakap.

Lepas je habis kakak aku ucap, mesin pun dah tkde nadi mak.. Lagi meraung la kitorang. Paling kesian dekat adik aku paling kecik. Baru 6 tahun masa ni sempat tengok mak aku 2 kali je dlm 1cu. Dia pun nangis. Sedihnya aku tengok. Then aku tengok adik lelaki aku umur 13. Ye dia seorang je lelaki dlm adik beradik. Kesian dia tahan menangis. Dia kene kuat. Aku pluk dia. Sama sama nangis.

Okay lepas mak mnggal hidup kembali normal.. Ayah tiri jaga kitorang bawak jalan jalan nak hilangkan sedih.. Sepatutnya aku dh kene masuk belajar.

Tapi extend lagi sbb takda duit untuk yuran. Lepas berbincang utk berhenti belajar, ayah kandung paksa jugak aku masuk belajar dia bayarkan semua yuran. 4k tau utk 1 sem. Dekat sini aku nampak ada sinar harapan utk belajar lgi.

Fast forward 100 hari selepas mak mennggal. Kitorang buat kenduri arwh. Tengah siap siap semua, dapat panggilan mengatakan myat ayah kandung dijumpa dalam kereta tepi sekolah di melaka.

Pak guard sekolah yang jumpa. Ayah kene heart attck masa memandu dlm hujan. Dia sempat berhenti tepi sekolah nak turun minta bantuan sebab dia tk bawak telefon tapi belum sempat dia keluar kereta, Allah dah tarik nyawa dia. Pak guard jumpa myat di msa magrib.

Allah nak uji baru je hilang mak tercinta, luuka belum sembuh hilang pulak ayah tersayang. Ye aku berhenti belajar sebab takda sapa nak support finance. Sedih memang sedih tapi apakan daya.. Takkan nak suruh bapak tiri bela kot dia pun ada anak dgn first wive dia dulu yg perlu dia tanggung.

Jangan ingat episod duka sampai sini je. Lepas je mak ayah kandung aku meningal, ayah tiri halau kitorang adik beradik keluar dari rumah tu.. Life kitorang ni duka, duka, duka. Kadang kadang aku pun hilang arah hilang punca rasa nak bnuh diri. Yelah kehidupan tak stabil lagi kan. Kene pakai banyak duit rupanya dalam hidup ni.

Tapi tulah nak bnuh diri nanti kesian pulak dekat kakak aku nak kene jaga adik aku 2 orang, anak dia lagi, spa arwh mak lagi, nak buat batu nisan utk aku pulak.

Batu nisan tak murah wey.. Mengenangkan adik beradik la aku keep on fighting walaupun kadang tersungkur. Bila dah ada tanggungjawab ni la baru merasa pengorbanan ibu bapa besarkan kite dulu..

Perit duka luuka diorang.. Terima kasih mak ayah berjaya besarkan kitorang. Sekarang bapak tiri yang dulu hina kitorang halau kitorang, datang merayu minta maaf. Kakak aku maafkan. Aku? tah la. Malas dah nak amik tau psl dia.

Redha je la dgn semua ujian ni. Yang penting kitorang adik beradik slow slow bangun semula. Sekarang dlm proses cari rumah sewa. Mahal jugak deposit rumah sewa 3k lebih.. Huhu ikat perut lah ye.. Spa arwh mak juga kitorang nak jual sbb dah takde duit sngt.. Sesiapa berminat boleh bagitahu. Aku tulis ni untuk luahkan hati perasaan aku malam ni sebab aku terlampau rindu kan mak aku.

Rindu kan saat saat terakhir dengan dia. Oh yaa, sebelum lupa. Mak aku sempat masakkan makanan favorit aku.. Cuma terkilan sikit masakan last dia masak, aku tak makan..

Kari ayam. Sampai hari ni kalau nak makan kari ayam aku mcm hilang mood sbb teringat dekat mak.. Sayur sup bayam pun sama sbb hari hari aku masak sup tu utk mak masa dia skit.

Dah terubat sikit rindu bila dapat luahkan. Aku rindukan life semasa ada mak ayah. I miss them so much.. And tanggungjawab sekarang terasa berat utk dipikul tapi jangan mengalah, keep on fighting!

Sorry kalau ayat berterabur and sukar utk difahami sebab aku type sambil menangis mengenangkan memori bersama mak ayah.. Terima kasih baca luahan hati ni. Jangan kecam please. Mana yang kenal tu diam diam ye. Jangan cakap pasal ni. Nnt aku sambung lagi..

Salam sejahtera. Nama aku AN umur 24 tahun. Ini kisah smbungan ku..

7 september 2017 – Aku dan 3 adik-adik telah kehilangan emak. Insan yang paling kami cintai. Emak mngal pada umur 44 tahun akibat penykit ‘Non-Hodgkin Lymph0ma’ skit yang tiba-tiba datang dan sebulan je emak bertahan sebelum di jemput ilahi.

15 disember 2017 – Pada hari ke-100 pemergian emak , dapat khabar duka ayah pulak pergi mngalkan kami. Sedih hilang mak pun masih menggunung di tambah lagi dengan ayah. Allahu. Peritnya masa tu hanya kami yang paham.

2008 – Tahun di mana arrwah emak & arrwah ayah bercrai. Aku berumur 14 tahun ketika itu. Aku tinggal dengan ayah manakala 2 orang adikku ikut tinggal dengan emak. umur aku 15 tahun ( 2009 ) emak berkahwin dengan seorang lelaki yakni kenalan ayah aku sendiri. dia lah punca kenapa mak ayah bercrai berai.

2011- Emak melahirkan anak hasil dengan suami barunya. kiranya adik baru aku , 1 emak lain bapa. jadi jumlah adik aku adalah 3 orang. bapa tiri aku orang yang berpelajaran & kerja berjawatan tinggi. baik orangnya ku kira sebab dia menjaga 2 orang adik aku seperti anak nya sendiri. lebih kurang dalam tahun yg sama selepas adik baru di lahirkan dia belikan sebuah rumah yang besar & cantik sebagai hadiah untuk emak. rumah nama bersama.

JANUARI 2018 – Hiduplah kami 4 beradik bersama bapa tiri serumah. menumpang kasih si bapa tiri . dia telah berjanji untuk menjaga kami si anak yatim piatu hingga hujung nyawa nya. ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. di sini segalanya bermulaaa….

Bapa tiri aku telah berkenalan dengan seorang maid seberang, maid kepada jiran kami selang 2 lorong taman. sejak perkenalan tu bapa tiri yang baik berubah 360 darjah menjadi seorang yang bencikan kami. benci sebab kami membantah dia membawa maid tu tidur & tinggal serumah dengan kami tanpa apa-apa ikatan yang sah.

kami tak nak bersubahat dosa! lalu kami adik beradik di halau keluar dari rumah emak kami sendiri. segala ibu kunci & anak kunci dia tukar supaya kami tak boleh masuk ke dalam rumah. segala barang, pakaian adik beradik & pakaian arrwah emak kami tak dapat ambil.

Aku bawa adik-adik duduk di kedai arwh emak mulakan hidup baru dengan duit cuma rm300. emak ada 1 premis perniagaan yang kini di sambung oleh aku sendiri. di situ lah tempat aku mencari rezeki untuk menyara adik adik & di situ lah tempat kami tinggal.

segala harta & simpanan arwh emak yang sepatutnya menjadi hak kami di ambil , tiada untuk kami. tiada! yaa tuhan , sudahlah sedih kehilangan emak & ayah di timpa pula dugaan seperti ni. berat aku rasa masatu. semua semacam kelam. aku sendiri tak tahu mana hala perlu aku tuju.

FEBRUARI 2018 – Selain dihalau keluar dari rumah , kami di aniaya dalam pelbagai cara. kereta-kereta yang pernah dia bagi untuk kami guna di ambil balik dengan cara mengupah gangster melayu mengugut ,menganggu kami & viralkan ic adik kedua ku di group group wasap.

mesej kata-kata makian & hinaan menggelarkan kami anak hram dan macam macam lagi. baju baju sekolah ,baju harian & buku sekolah adik adik di bakar hangus. tiada apa untuk ke sekolah. dengan duit rm300 tu aku belikan sepasang dua kelengkapan sekolah untuk adik adik kena jimat sebab itu je duit yang ada buat masa tu.

adik baru ku iaitu anak kandung dia sendiri juga di abaikan dan di jaga oleh aku hingga sekarang. pada dia aku lah emak, aku lah kakak. umur dia 7 tahun.

Di dalam setiap solat kami , tidak pernah air mata ni tak mengalir. sedih mengenangkan nasib. tiada tempat meluah hanya di atas sejadah segalanya terluah. dalam 1 doa ku, pernah aku mintak , jika betul kami tergolong dalam golongan orang teranaiaya , tunjukkanlah kekuasaanmu pada orang yang telah menzalimi kami. sedih , sungguh aku sedih.

MAC 2018 – Dia di tangkap basah bersama maid tu dalam rumah. lepas peristiwa tu ,rumah yang dulu nya dia beli untuk emak hendak di jual. mungkin malu dengan jiran-jiran. bayangkan umur 50-an di tangkap basah. separuh rumah tu adalah bahagian emak manakala separuh lagi adalah bahagian dia.

setelah aku tahu dia nak jual rumah tu tanpa berbincang dengan kami adik beradik , aku telah pergi ke pejabat tanah dan “kaviet” rumah tu untuk menjaga hak kami sebagai waris. dia perlu mintak persetujuan kami sebagai waris apa-apa hal yang berkaitan dengan rumah tu.

hingga harini rumah tu masih kosong. tiap kali pergi ke kubur emak mesti terpandangkan rumah tu. rumah yang dulu ceria, penuh kasih sayang, aman damai kini terbiar sepi.

SEKARANG – Mungkin di atas segala penganaiyaan yang telah dia lakukan kepada kami ALLAH swt telah bagi balasan kepada dia. sepatutnya dia di naikkan pangkat & gaji , di beri kepercayaan oleh CEO syarikat untuk uruskan projek bernilai jutaan ringgit di Selangor tapi sayangnya semua itu telah di tarik balik oleh CEO dia.

tiada kenaikkan gaji , tiada kenaikkan pangkat dan tak dapat uruskan projek 300 juta tu. kereta kereta dia yang di ambil dari kami telah di tarik oleh pihak bank , hutang hutang dia menggunung, nama dia blacklist !meminjam duit sana sini dengan kawan-kawan sekerja.

dia yang dulu hidup mewah kini hanya mampu menyewa sebuah bilik kecil sahaja. duit asyik tak mencukupi. maid seberang yang dulu hangat bercinta dengan dia ntah ke mana. hidupnya kini di landa badai.

Kami adik beradik pula alhamdulillah hidup semakin senang & tenang walaupun masih tinggal di premis perniagaan arwh emak, ALLAHswt limpahkan rezeki yang mencurah untuk perniagaan aku kerana hasil duit dari situlah aku menyara adik adik.

kini adik kedua aku juga telah ada perniagaan kecil kecilan dia di carboothsales untuk menambah pendapatan kami adik beradik. semua hasil di kongsi bersama. susah senang kami bersama. walaupun kami tiada emak & ayah untuk berpaut tapi kami ada ALLAH swt untuk kami berlindung.

Maka benarlah doa anak-anak yatim / yatim piatu , doa fakir miskin, doa orang-orang yang dianiaya tidak sesekali di biarkan oleh ALLAHswt bahkan doa doa golongan sebegini tiada hijab di sisi Allah. jadikan lah kisah ni sebagai iktibar di dalam kehidupan seharian kita.

kasihani lah anak yatim piatu sebagaimana kita mengasihani ibu bapa sendiri. dalam al-quran sendiri telah di tulis balasan untuk orang yang menganaiya anak yatim piatu itu pasti bukan kisah dongeng.

Doakan lah supaya kami adik beradik boleh ” menghalalkan ” setiap perbuatan dia pada kami. Walaupun skit perit semua yang dia dah lakukan pada kami , tapi inshaaAllah ada kemaafan buat dia dari kami suatu hari nanti. Doakan..Si Yatim Piatu via edisimedia

Antara komen ntizen,

Shima erin, Alhamdulilah sesusah mana pun kita selagi kita mampu menadah tangan memohon pertolongan drinya inshaallah dia akan perkenan kn doa org yg teranaya Aamiin allah permudahkn perjalanan hidupmu.

Smi hussin, Itulah dikatakan hidup ini ujian Allah..kamu anak yg sgt baik dan tabah mnghadapi ujian itu..Moga kebaikan dan ketabahan itu brterusan dn mnjadi asbab utk kesyurga..doakan yg baik2

Sarah Alwi, Mmg skit dan perit apabila dizalimi dan dianiaya.tapi alangkah manisnya apabila memaafkan.Siapalah kita..dan Allah tak akan memaafkankita apabilakita tidak memaafkan dan memutuskan silaturrahim.Permudahkan maka Allah permudahkan kita didunia akhirat. Aamiin.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*