Ayah ludah muka aku lepas dia baca mesej aku bg dkt mak, mak berkelakuan plik lpas aku paksa dia

Foto sekadar hiasan.Assalamualaikum korang. Aku share cerita ni untuk mintak pendapat korang semua apa yang aku perlu buat. Sebab sekarang aku buntu. Aku tak nampak jalan keluar. Aku taktau apa aku perlu buat. Bagi sesiapa yang lebih arif tentang masalah aku ni, aku alu alu kan komen dari anda semua. Aku terima segala nasihat dengan hati yang terbuka.

Aku mulakan dengan umur aku, 25 tahun. Baru habis degree. Tengah tunggu konvo. Aku duduk rumah sahaja. Belum bekerja. Masih mencari. Aku kakak sulong dari tiga beradik. Mama aku dah lebih 10 tahun menjadi ibu tunggal kemudian berkahwin dengan sorang duda pada tahun lepas.

Masalah aku bermula bila aku perasan sejak mama kawen hidup nya masih sama susah mcm sebelum kawen. Aku tak nampak dekat mana function nya bapak tiri aku dalam menjaga memelihara family aku ni. Aku tengok bapak tiri aku kerja pun on off. Kadang ada job. Kadang takde job.

Biasanya dalam seminggu hanya dua hari dia keluar rumah untuk bekerja. Selebihnya dia duduk rumah menghabiskan masa dengan ayam2 nya. Sekarang ni aku tengok dah sebulan dia takde kerja. Hanya duduk rumah. Oh yaa rumah ni rumah aku. Rumah mama aku. Dia pindah masuk rumah ni lepas kawen ngn mama aku.

So dah boleh agak dia memang tak berduit. Dia takde bagi nafkah pun dekat mama aku. Semua duit belanja barang dapur, bil api air semua ditanggung mama aku. Mujur mama aku masih sihat kuat bekerja. Ada bulan bulan yang duit belanja tak cukup, mama akan mintak tolong aku support topap duit belanja mama.

Aku marah kenapa mama tak mintak dari laki dia. Kenapa kena mintak pada aku? Aku bukan berkira. Tapi aku persoalkan mana tanggungjawab orang tua tu. Tanggungjawab orang tua tu sepatutnya yang membantu dan mencukupkan keperluan keluarga ni.

Dari segi layanan orang tua tu pada mama, pada mata aku, buruk layanan yang diberikan. Aku kesian kat mama. Orang tua tu suka mengherdik orang. Maki hamun orang. Suka tinggi kan suara dengan mama sebab kesalahan yang kecil. Aku benci tengok dia layan mama tak macam selayaknya isteri dilayan.

Tahun lepas masa mama cakap ngn aku nak kawen ngn orang tua tu, aku tak rela. Sebab aku belum cukup kenal orang tua tuh mcm mana orang nya. Dalam setahun ni baru aku kenal mcm mana orangnya. Hm

Sejak kahwin, aku tak penah nampak dia cuba berborak dengan adik2 aku. Tanya mcm mana sekolah ke. Tanya mcm mana result exam ke. Dia tak penah mulakan langkah tu. Kami tiga beradik tak biasa tiba-tiba ada lelaki baru masuk dalam rumah setelah lebih 10 tahun kami ada berempat dengan mama. Agak awkward. Di tambah lagi dengan orang tua tu yang tak penah cuba mengambil hati kami adik beradik.

Bila kami tak penah menegur orang tua tu, mama salahkan kami sebab tak pandai hormat orang tua. Salah kami ke? Sepanjang satu tahun ni mama dah berkahwin, kami tak pernah borak ngn orang tua tu. Adik2 aku pun takut untuk tegur dia sebab air muka dia garang dan tak mesra.

Masalah aku makin bertambah bila aku dah duduk rumah sebab habis pengajian. Kadang aku keluar rumah untuk urusan belajar aku. Kadang aku keluar untuk release tension. Aku keluar tengok wayang. Kadang aku keluar makan malam dengan boyfriend aku. Semua yang aku keluar tu, boyfriend aku yang amek dan hantar. Sebab aku takde transport.

Kalau ke mana2 aku perluukan kawan untuk hantarkan. Kebetulan orang orang yang akan hantarkan aku ke sana ke mari tu semua lelaki. Mana kawan perempuan aku? Ye aku takde kawan perempuan. Ada tu ada lah. Tapi jauh2 lah. Dekat kawasan rumah aku, aku memang takde kawan perempuan melainkan kawan universiti.

Boyfriend aku penah jumpa dia mintak izin nak bawak aku keluar. Tapi sejak kami terima respon orang tua tu yang menyakitkan hati, aku decide lepas ni aku keluar aku tak kan mintak izin orang tua tu lagi. Sebab dia tak kan paham.

Selepas hari kejadian tu aku keluar tanpa izin orang tua tu. Aku hanya minta izin dengan mama aku sahaja. So semua tempat aku nak pergi aku akan bgtau mama.

Satu malam tu lepas aku balik dari tengok wayang dengan izin mama, orang tua tu marah aku tanya aku pergi ke mana. Dia bukan betul2 nak tau aku ke mana pun sebenarnya. Sebab dalam kepala dia aku ni keluar buat maksiat dengan lelaki2 tu semua.

Yelahkan orang-orang yang amek hantar aku kat rumah semua lelaki. Padahal aku tak buat benda2 tu. Malam tu aku terlampau marah dengan tuduhan yang dia bagi kat aku.

Masa tengah marah tu aku nak halau dia keluar rumah. Wah sejak tu, dndam kesumat dia semakin membuak dengan aku. Semakin benci dengan aku. Sekarang dia pulak yang nak halau aku dari rumah aku sendiri. Dia kata kalau nak buat maksiat pergi duduk sendiri. Jangan duduk dalam rumah ni lagi.

Aku pernah kuar ngn boyfriend aku nak beli barang keperluan, balik rumah dia tanya aku “seronok ke keluar hari ni? Dapat batang panjang ke pendek?” kurang ajar betul orang tua tu.

Aku dengan orang tua tu dah banyak kali bergaduh perang mulut. Sampaikan dia pernah ludah muka aku. Dia marah aku sebab aku lepaskan kucing keluar rumah. Aku memang menjawab dengan dia masa tu. Bagi aku buat apa kucing dikurung2 dalam rumah. Dia tengking dengan aku. Aku pun tinggi suara dengan dia. Sebab dia marah sangat dekat aku, dia cakap nak terajang aku.

Masa tu takde sape kat rumah. Mama kerja. Adik sekolah. Cuma aku dengan dia kat rumah. Disebabkan dia tau dia tak boleh terajang aku, dia ludah muka aku. Dapat bayangkan betapa benci dia dengan aku?

Sebab kan kucing aku kena ludah. Sikit aku tak balas. Even masa tu tengah menyapu rumah, aku tak hayun penyapu tu kat muka dia. Sekarang aku menyesal kenapa aku tak penyapukan muka dia.

Sangat sangat kurang ajar bahasa dia. Dia maki aku carutkan aku. Tak sesuai langsung bahasa dia dengan umur dia yang dah sangat lanjut tu. Lepas aku kena ludah, lepas habis adegan hempas pintu tu semua aku wasep mama aku yang tengah bekerja tu. Aku cerita orang tua tu dah mula berani ludahkan aku.

Tapi jawapan mama aku, sangat buat aku kecewa. Mama pun takut dengan orang tua tu kalau mengmuk. Mama aku cakap jangan melawan cakap orang tua tu. Yaa Allah. Skit hati aku.. Hati aku yang skit kena ludah belum hilang, jawapan mama lagi menyakitkan hati aku. Mama langsung tak pertahankan aku. Dia lagi salahkan aku.

Sejak tu, aku mintak mama crai ngn orang tua tu. Sebab aku tak tahan dengan perangai orang tua tu yang sangat berlagak dan biadap bila bercakap. Setiap ayat dia, kalau tak perlekehkan orang memang tak sah. Dia mesti nak hina orang.

Bukan sekali dia hina bapak kandung aku. Dia cakap baka dari bapak aku semua buruk perangai. Takde yang elok perangai. Aku dengar dia hina hina mama pun mama diam je. Tak balas pape.

Setiap hari aku sangat tertekan. Aku cuma boleh memerap dalam bilik setiap hari. Tak boleh keluar mana2. Kalau mama kasi aku keluar pun aku terpaksa keluar senyap2.

Aku mintak mama bercrai pun mama cakap takde alasan yang kukuh. Aku cakap kat mama aku, kalau orang tua tak bagi nafkah, tu bukan alasan yang kukuh ke? Mama aku jawab, itu (nafkah) semua tak penting.

Yaa Allah. Aku taktau apa benda dalam pikiran mama. Mama sendiri cakap dengan aku dia tak bahagia dengan orang tua tu, tapi mama cuma diam diam diam diam diam. Sabar sabar sabar sabar. Itu je mama aku buat.

Aku kesian ngn mama aku. Sepatutnya ada suami, boleh jaga dia. Mencukupkan keperluan dia. Tapi ni tak. Betulkan sinki pun mama aku buat tertonggeng tonggeng mengetuk. Orang tua tu sedap hisap r0kok kat depan rumah.

Baru baru ni orang tua tu rampas hp mama. So orang tua tu baca semua ws aku dengan mama yang cakap pasal crai tu. So hubungan mama aku dengan orang tua tu dingin dua tiga hari ni. Orang tua tu nampak muka aku je, dia berangin. Panas satu badan dia. Dia cakap “kau tunggu bila tiba masanya”. Aku pun taktau dia plan apa untuk balas dndam kat aku.

Terlalu banyak kalau nak cerita perangai buruk bapak tiri aku. Aku cerita yang aku mampu nak nak taip je. Aku mintak maaf kalau cerita ni memeningkan kepala dan tak tersusun. Tapi aku harap mesejnya sampai dekat korang.

Aku mintak nasihat dan support dari korang semua. Setiap hari aku semakin lemah dengan ujian ni semua. Aku makin lemah sebab kesudahannya mama akan salahkan aku.

Dah banyak kali cuba berbincang dengan mama aku, tapi tak membuahkan hasil. Terlalu banyak benda yang mama pendam dan tanak bercerita dengan aku. Sedangkan aku cuma nak tolong mama aku. Aku nak mama bahagia.

– Anak yang sayangkan mamanya via Dunia Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*