Awal jumaat Aisyah ‘pergi’. Rupanya seminggu sblum tu ,sudah ada tanda2. Pling buat aku teringat 2 hari sebelumnya

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Memandangkan anniversary aku dah nak dekat. Aku jadi tak keruan bila teringat kenangan indah, lagi-lagi bila dah nak dekat raya ni. 6 tahun lepas, aku berkahwin dengan seorang gadis yang aku kenal, Aisyah namanya. Masa tu, aku dan dia umur 22 tahun. Boleh dikatakan kami kahwin agak awal. Aisyah berterima kasih pada aku, sebab bawak dia keluar dari keluarga tirinya. Aisyah dilayan teruk, dan dia jugak tidak ke sekolah, dengan alasan adiknya lagi penting untuk ke sekolah.

Dari segi agama, Ada yang dia tak tahu. Tapi dia tak pernah berhenti belajar mendalami agama, kadang belajar dari ceramah, ada yang dari youtube dan ada juga yang aku ajarkan. Aisyah seorang yang sangat taat dengan perintah suami, tak pernah dia mengeluh bila setiap kali aku suruh buat apa-apa.

Kami tidak mempunyai cahaya mata, 2 kali Aisyah keguguran. Namun, aku tak pernah salahkan dia.. Belum tiba masanya lagi. Aku dan family pun tak kisah pasal anak, aku tahu itu semua kerja tuhan.

Sepanjang perkahwinan kami, dia tak pernah minta belikan barangan mewah ataupun mahal. Tak pernah complain apa yang terkurang. Dia selalu cakap “esya beruntung dapat awak, dapat family mertua baik. Tapi tulaa, awak je yang tak beruntung dapat esya”.

Setiap kali dia cakap macam tu, aku akan tegur dia. Sebaliknya, aku yang beruntung dapat dia, yang pandai menjaga makan pakai aku, yang bersyukur dengan apa yang aku sediakan. Walaupun banyak kekurangan, dia terima je apa adanya.

Perkahwinan aku bahagia, tiada masalah. Tapi, pada tahun lepas, kejadian yang tak terduga yang terjadi pada aku. Mulanya, Aisyah cakap dekat aku yang dia demam. Tapi bila aku ajak pergi klinik, dia tak nak. Katanya dia makan panadol je..

Awal pagi jumaat, dia kejutkan aku. Seperti biasa, dia memang akan buat solat sunat. Lepas solat, dia baring sementara tunggu waktu subuh.. Aku pula pergi sediakan sarapan. Selesai aku buat sarapan, aku ke bilik untuk kejutkan dia untuk solat subuh berjemaah.

Aku kejutkan, tiada respon.. Berkali-kali aku goncang badannya “Aisyah.. Bangun, subuh dah ni.. Aisyah, syg.. Bangun” sambil usap mukanya.. Masa tu tak usah cakap, hati aku berdebar.

Aku rasa nadinya, ya.. dah tak berdenyut, aku check si leher. Sama.. Aisyah memang dah takde. Aku call adik aku, aku bagitahu semua family. Aku blank, aku tak tahu apa nak buat. Lama aku termenung.. Aku menangis, berkali aku c1um dahinya. Wangi..

Long story short, Setelah segala urusan selesai, aku ambil keputusan untuk mandi dan kafankannya di masjid berdekatan rumah aku. Semua urusan dipermudahkan, beruntung awak Aisyah..

Dah habis mandi dan kafankan, awak disembahyangkan selepas solat jumaat. Seramai hampir 800 orang yang sembahyangkan awak. Yaa Allah betapa beruntungnya awak, mulianya kamu Aisyah..

Aku menyambut jasad kakunya, dengan lembut aku meletakkan ditanah. Cuaca redup mengiringi pemergianmu. Beruntungnya awak sayang..

Aku meminta izin ustaz untuk membacakan talqin buat isteriku. Ustaz memberikan teks talqin. “Wahai isteriku Nur Aisyah binti ***ra..” aku berhenti baca, aku serahkan balik dekat Ustaz sebab aku menangis sampai tak keluar suara.

Jujur min.. aku tak dapat tahan airmata ni.. Isteri yang aku sayang, aku tak sangka secepat ini dia pergi.. Dalam perjalanan balik dari kbur, baru aku perasan. Seminggu sebelum dia pergi, memang ada tanda-tanda yang dia tunjuk.

“Am.. Kalau yang takde nanti. Rasa-rasanya am kawin lain tak?”.. “Yang, minta maaf untuk semuanya” banyak kali dia minta maaf, walaupun dia tak buat salah apa-apa pun.. Dan ini yang paling buat aku teringat.. 2 hari sebelum dia pergi..

Dia tanya aku. “Awak, boleh tak kalau syg nak masuk mana-mana pintu syurga?” Dan aku balas “Masuklah yang..”. Rupanya itulah tanda-tanda yang dia nak pergi.

2/6 ni Anniversary aku min.. Tahun ni, tanpa dia. Macam mana aku nak lupakan dia? Aisyah wanita yang paling baik, yang pernah aku kenal. Tutur kata dia sangat lembut, tingkah lakunya sopan. Aisyah juga yang paling disayangi dalam keluarga besar ibu aku.

Awak layan adik beradik saya macam adik-beradik awak. Awak jaga parents saya, sama macam awak jaga parents awak.. Tak pernah sekali awak mengadu penat, tak pernah awak burukkan saya, awak sentiasa ambil berat pasal keluarga tiri awak, sedangkan diorang dah buang awak. Awak buat baik, tak kira dengan siapa. Dengan cleaner, dengan kucing.

Al-fatihah Aisyah, Awak isteri yang sangat sempurna dimata saya. Berehatlah dengan Anak kita..

Antara komen netizen :

Roti berkulat :Semoga sy mampu menjadi isteri sebaik Aisyah… bidadari tuan.. sy ambik kisah ni sebagai pembakar semangat sy utk jadi isteri yg terbaik buat suami sy.. aaminn..

Saadia Kashim :Beruntung suami isteri yg loving each other and sangat mementingkan agama.. Be strong .

AnnDee AngeRiati :Belum raya dah sakan potong bawang ni .. semoga Aisyah di tempatkan bersama2 roh orang2 yg beriman.. redho suami syurga mu Aisyah ..

Nor Azzura : Since arwh suami pergi.. selalu terfikir.. bila aku tiada nnt.. akan adakah insan yg akan rindukan aku seperti aku rindukan arr wah suamiku.. yg akan sentiasa kenangkan aku seperti aku kenangkan arr wah suamimu..

3 jun akan dtg..genap setahun abg pergi..abg pon mcm aisyah.. baik sgt…terlalu bnyk nak diceritakan kebaikan abg…al fatihah utk yg telah pergi ke negara abadi..

– Adam (Bukan nama sebenar) via iiumc via edisimedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*