Atuk dan sedara mare nympah sgt tgk kami. Pelik, seminggu sblm mnnggl ,atuk tiba2 berubah. Layan aku dgn baik sekali

Foto sekadar hiasan.Saya Zurin (bukan nama sebenar) berasal dari utara tanah air. Menzahirkan kisah disini semoga ibubapa pakcik makcik ahli keluarga yang lainnya tidak memilih kasih dalam menyayangi anak menantu dan cucu dan cubalah samarata dalam kasih sayang dan perhatian. Saya anak ketiga dalam adik beradik, ayah anak kedua dan bermenantukan ibu saya (keturunan jawa). Ayah bekas polis berpangkat rendah dan bersara awal (tidak pencen). Saya dan adikberadik yang lain adalah antara cucu-cucu atuk dan nenek sebelah bapa yang ramai.

Sepanjang saya membesar kami adik beradik serta ibu saya sudah biasa dipinggirkan oleh atuk dan nenek sebelah ayah beserta dengan makcik pakcik saya. Walaupun saya pada ketika itu masih kanak-kanak sudah memahami yang kehadiran kami tidak begitu disukai oleh atuk nenek dan pakcik makcik kami.

Jika hadir bersama bapa yang berniat untuk melawat mesti disambut sambil lewa dengan sikap acuh tak acuh mereka, saya juga sedar atuk juga kadang kadang selain menunjukkan “tidak sayang” sangat pada kami cucu cucu beliau kadang kadang saya ternampak juga riak mukanya yang sangat menyampah bila nampak muka kami.

Kadang tak faham apa sangat yang dibencinya.. sebab kami miskin? sebab ibu orang jawa (mereka jika ayah tak ada depan mereka selamba sahaja mengutuk ibu saya.. contoh ayat “eleh jawa tak sedar diri.. eleh tak padan jawa”.. dan bermacam macam lagilah.. tapi akan dicakap jika ayah dan ibu saya tiada..

Jika ada mereka masih lagi berbahasa sopan bermuka muka tunjuk senyum simpul seolah tak ada apa. Saya yang masih kecik selalu trauma kalau hendak kerumah atuk nenek (rumah kami dekat boleh jalan kaki sahaja.. ayah selalu suruh ke sana jenguk atuk dan nenek..

Dia tak tahu kehadiran kami tak disukai.. ayah tidak tahu sebab bila ada bersama atuk nenek pakcik makcik tak tunjuk sangat perilaku tak suka tu). Saya pernah.. semasa kanak kanak selepas disuruh ke rumah atuk nenek oleh ayah..dan saya pergi, seperti biasa di layan acuh tak acuh.. pergilah ke bahagian depan rumah..

Bila rasa boring hendak balik (pintu balik dbahagian dapur dibawah) saya perasan atuk nenek pakcik makcik saya sedang berbual bual di meja makan.. macam nak nangis rasanya sebab tahu mereka bila nampak muka saya mesti akan dicemuh cemuh dengan bermacam kata kata dan paling saya tidak suka mereka akan mengutuk ngutuk ibu saya..

Saya nekad balik ikut tingkap bahagian depan rumah dengan selipar saya.. ditinggalkan dipintu bahagian dapur.. balik berkaki ayam kerumah.. begitulah serba ringkas perihal layanan keluarga ayah saya terhadap kami adik beradik serta ibu kami. (Perilaku kata kata nista mereka hanya dibuat jika ayah saya tiada.. jika ada mereka tak tunjuk sangat.. berpura pura baik kononnya).

Berbeza dengan layanan mereka terhadap sepupu sepupu saya.. terutama anak anak makcik saya iaiu adik ayah. Makcik saya bersuamikan pegawai kerajaan berpangkat tinggi.. layanan yang diterima sangat berlainan.. makan minum berjemput.. berhidang.. atuk saya akan hantar dan jemput sepupu saya dengan kereta dari sekolah (kami sekolah yang sama).. jika ayah sepupu saya keluar outstation..

Walaupun atuk saya nampak saya berjalan kaki tetapi dia tak endahkan dia akan bawa kereta melewati saya dengan sepupu berada dalam kereta tersebut… jika ada kenduri kendara saya adik beradik akan dikerah buat kerja.. sepupu saya tidak lansung boleh dikacau.. tengok tv sahaja dan apabila makanan dah siap saya disuruh untuk panggil mereka turun makan.

Atuk saya pernah memarahi ayah saya kerana katanya saya ni cucunya yang kurang ajar.. padahal umur saya ketika itu baru darjah lima.. terfikir bilanya kurang ajar nak bercakap dengan dia pun takut.. kalau ada pun penuh kata kata cemuhan pada ibu saya dan kami adik beradik.. itupun saya dan adik beradik tunduk diam sahaja bila diperlakukan begitu.. segalanya lah tak elok berkenaan dengan kami ni.. kalau sepupu saya.. dipuji melambung dikatankan bersopan santun.. berpelajaran pandai bergaul.

Atuk saya akhirnya dalam pada tengok saya pun gayanya macam menyampah sangat dengan saya.. pada suatu hari tiba tiba saya ditegur.. “nak balik dah zurin?.. saya pada ketika itu hendak balik kerumah selepas melawat rumah mereka.. dalam perjalanan hendak balik saya ternampak atuk berehat dibawah pokok jambu dipangkin..

Saya nampak sahaja cepat cepat tunduk sebab takut sangat pada atuk saya dan sedih kalau ternampak memek muka dia bila nampak saya.. bila ditegur baik baik macam tu, terkejut bukan kepalang saya sebab sepanjang saya lahir sehingga pada ketika itu saya umur diawal belasan itulah pertama kali saya ditegur baik baik dengan nada kasih sayang (saya rasa la).. dari atuk saya.. punyalah terkejut sampai tergagap gagap menjawab.. “haah atuk nak balik dah”.. atuk saya bertanya lagi dah makan ke nenek kau masak?

Saya yang masih terkedu jawab..”dah tuk.. balik dulu ya” (walaupun tak makan sebab takut dikata datang sebab nak makan)… atuk saya akhirnya memberikan pesanan supaya baik baik balik.

Sampai balik rumah saya macam tak percaya saya ditegur begitu dengan atuk saya.. teringat ingat muka sayu dia.. Tapi itulah seminggu selepas menegur saya secara tiba tiba.. atuk saya mennggal dalam tidur akibat srangan jntung.. al-fatihah untuk arrwah atuk..

Semenjak atuk mennggal nenek makcik pakcik saya masih sama dalam melayan kami adik beradik serta ibu.. dicakap macam macam.. pemalas.. miskin.. suka susahkan orang.. tak reti bergaul dengan saudara dan macam macam lagi. Sementelaah sepupu sepupu saya yang bapanya pegawai tinggi dipuja dipuji serba baik segalanya.

Sehinggalah kami adik beradik kesemuanya berjaya masuk ke pusat pengajian tinggi, barulah nenek pakcik makcik berubah pandangan.. bila ada saudara saudara mereka yang lain timbulkan rasa kagum walaupun kami ni miskin kesemuanya berjaya masuk universiti..

Jadi sedikit sebanyak nama kami sebagai cucu nenek dan arwh atuk dipandang tinggilah sebab kesemuanya berjaya.. tapi itupun masih juga dicemuh cemuh.. ayat.. “eleh kalau pandai sangat kenapa tak ambil medic..”.. jurusan yang kami ambil masa belajar cuma engineering.. architecture.. perakaunan dan sains.. jadi walaupun kesemuanya masuk universiti ambil jurusan jurusan begitu belumlah cukup pandai jika tak ambil medic..

Akhirnya kami semua tamat pelajaran dan bekerja dibidang masing masing.. alhamdulillah dapatlah kami senangkan ibu dan ayah yang dah lama susah dipandang hina oleh ahli keluarga.. hubungan kami dengan ahli keluarga sebelah ayah macam itu juga masih melawat nenek dan makcik pakcik yang sudah tua tapi tidaklah mesra.. masih juga diperli perli sekali sekala sebab jarang melawat katanya..

Kadang kadang ada yang cakap datang agaknya cuma sebab nak harta nenek (nenek banyak simpanan dan rumah rumah sewa).. tak apalah ayah dah ajar suruh melawat walau dikata macam macam itulah yang kami buat insyallah hingga ke akhirnya..

Akhir kata buat pembaca budiman dan untuk juga saya.. janganlah memilih kasih kepada anak dan cucu.. sayangilah mereka sama rata tanpa mengira lelaki perempuan.. kaya berharta atau yang miskin tidak berkemampuan… Wassalam.

– Zurin (Bukan nama sebenar) via iiumc via edisimalaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*