“Asif mengajar saya bukan sekadar bakat tetapi hati yg bersih ” – Zizan Razak

Syahmi Sazli production antara production drama pendek yang sentiasa memberi drama drama yang mencuit hati menonton dan menyelit pengajaran di dalam video beliau. Di dalam drama spontan beliau watak asif mendapat perhatian netizen yang menyifatkan Asif seorang pemuda yang kelakar dan berbakat untuk watak spontan walaupun seorang autism. Asif juga menjadi antara watak kegemaran artis artis malaysia yang mengikuti drama drama mereka di Syahmi Sazli Production

Baru baru ini, tular video gelagat Asif bersama dengan Zizan Razak, dan ramai peminat Zizan Razak mengharapkan mereka dapat bergandingan bersama.

Pertama kali berjumpa dengan Syahmi Sazli dan Asif Zizan kongsikan perasaannya di ruangan instagram miliknya

Assalamualaikum dan selamat pagi. Ayuh berfikir sejenak dari pandangan mata seni saya. syahmisazli menunjukan sifat amanah dan asifsuhaimi02 mengajar saya bukan sekadar bakat tetapi hati yang bersih. Maka disitulah akan murahnya rezeki dan tidak kira dimana kita berada. zizanrazak deep rezekiAllah syukur zrprojectofficial morningmotivation.

Video Asif bersama Zizan,

Syafiq kyle juga terhibur melayan karenah Asif di dalam ruang live.

Pak Nil juga tidak melepas peluang bersama Asif. Gelagat lucu Asif bersama Pak Nil juga menarik perhatian netizen. Pak Nil juga mambawa Asif Shopping.

Tahniah kepada Syahmi Sazli Production dan pemiliknya Muhammad Syahmi kerana berjaya mengetengahkan bakat Asif. Sekarang ini watak Asif antara yang sangat di tunggu pengikutnya. Walaupun Asif seorang pemuda Autisme dan bakat pertuturannya terbatas tetapi hasil kreativiti Syahmi Sazli Production drama hasil lakonan Asif berjaya trending dan viral di media sosial dan Asif sendiri mempunyai pengikutnya sendiri.

Antara komen ntizen tentang Asif.

Amirah, hahahaha kelakar sungguh asif ni.. tp bagus asif ni walaupun dia istimewa dia pandai jga batas xsuka bersentuhan dgn perempuan.

Syah Md, glamour sguh asif loni..xpelik klu dpt anugerah youtube star suatu hari nt..amin.

Muhammad Afif, Malu la sikit ngn asif tu. Asif pun tahu jaga batas pergaulan. Engkau yg prmpuan ni mudah2 je nk sentuh2 org

Sementara itu, Muhammad Syahmi Sazli 24, ‘Youtubers’ yang semakin dikenali ramai. Bermula pada tahun 2016, beliau memuat naik satu video pendek dan telah mendapat 300 000 tontonan kata pemuda yang berasal dari Kampung Gertak Kechupu itu

Muhammad Syahmi merupakan bekas peljar Kejuruteraan Elektrik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Beliau merupakan anak kedua daripada lima adik beradik dan tidak sempat menghabiskan ijazah sarjana muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrik kerana mahu fokus dalam bidang yang diceburi.

Bermula pada tahun 2016, beliau memuat naik satu video pendek dan telah mendapat 300 000 tontonan kata pemuda yang berasal dari Kampung Gertak Kechupu itu.

Atas minat dan kecenderungan dengan teknologi beliau memanfaatkan kelebihan yang ada dan berjaya menjana pedapatan dari video yang dihasilkan selepas itu.

Semoga terus sukses dan maju jaya untuk Syahmi Sazli Production, dan dapat melahirkan lagi ramai bakat bakat baru yang menghiasi setiap drama pendek melayu di media sosial.

Sumber : Ig Syahmisazli/asifsuhaimi02

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*