“Arrwah tak lekang dgn Al-Quran” Anak mngal di Mesir, Ibu dedah amalan yg kerap dilakukan oleh arrwah saat hidupnya

“Arrwah sudah membeli tiket kapal terbang untuk pulang pada 3 Julai ini sempena cuti semester selama tiga bulan, tetapi nampaknya kami tak akan dapat bertemunya lagi, melainkan hanya sempat melihatnya buat kali terakhir menerusi panggilan v1deo sebelum ini.”Itu luahan Norhayati Jusoh, 51, ibu kepada Mohammad Fahmi Faizuddin Asyraf Mhd Shukri, 24, penuntut tahun tiga jurusan Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar, Mesir, yang mngl dunia di Hspital Safarat, Hayyu Sabi’e, Kaherah, Mesir, jam 2 petang semalam (8 malam waktu Malaysia).

Mohammad Fahmi Faizuddin Asyraf dikejarkan ke Hspital Safarat jam 2.07 pagi kelmarin (8.07 pagi waktu Malaysia) oleh rakan serumahnya untuk menerima rawatan selepas mengadu s4kit kepala dan kaki.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Pelembang Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir (KBMK) sebelum waktu Maghrib semalam (waktu Mesir).

Norhayati berkata, dia dimaklumkan oleh rakan anaknya, sebaik tiba di hspital, Mohammad Fahmi Faizuddin Asyraf tidak sedarkan diri dan terpaksa menjalani pembdahan kerana dilaporkan mengalami pendrahan dalam otak.

Dia berkata, sebagai ibu, hatinya cukup berat menerima berita kehilangan anak sulungnya itu, namun sebagai hamba Allah, dia dan suami, Mhd Shukri Husin, 54, reda dan bersyukur anak mereka pergi dalam keadaan baik.

“Jika ikutkan hati memang saya mahu jenzahnya dibawa pulang dan dikebumikan di sini. Tetapi apabila memikirkan tuntutan Islam untuk segera menguruskan jenzah, kami sepakat dan reda Mohammad Fahmi Faizuddin Asyraf dikebumikan di sana,” katanya.

Ketika ditemui di kediamannya di Rumah Awam Kos Rendah Ajil, Kuala Berang, hari ini, suri rumah itu berkata, anaknya itu ada menghubunginya menerusi panggilan v1deo pada 12 tengah malam Rabu lalu sambil mengadu s4kit kepala dan kaki.

“Sebelum itu juga ada beberapa kali dia mengadu hal yang sama dan saya minta dia ke klinik mendapatkan rawatan, tetapi dia enggan dan hanya mendapatkan air penawar daripada ustaz di sana.

Kelmarin (Rabu) saya suruh dia ke hspital untuk mendapatkan rawatan dan dia pergi ditemani rakan serumahnya. Tak sangka pula keadaannya serius sehingga dia pergi mnggalkan kami buat selamanya dengan mengejut,” katanya sayu.

Dia berkata, anak sulung daripada empat beradik itu seorang yang warak, sering ke masjid untuk solat berjemaah pada setiap waktu dan tidak lekang dengan al-Quran hampir setiap masa, malah memang bercita-cita untuk menuntut di Mesir sejak berusia lima tahun.

“Itu sajalah kerja dia. Balik daripada surau atau masjid untuk solat jemaah, dia akan mengaji al-Quran. Sebagai bekas pelajar Institut al-Quran (IQ) di sini, arrwah menghafaz 30 juzuk al-Quran dan Alhamdulillah cita-citanya sejak kecil mahu menuntut di Mesir dimakbulkan, cuma tidak panjang umur.

“Dia juga seorang anak yang sangat baik dan pendiam. Hampir setiap masa bibirnya tidak lekang memohon maaf daripada saya dan bapanya walaupun dia tidak berbuat salah, malah dia tidak pernah meninggikan suara terutama kepada kami ibu bapanya,” katanya sambil mengalirkan air mata.

Norhayati berkata, anaknya itu kali terakhir pulang menyambut Aidilfitri di sini pada Julai tahun lalu sebelum kembali ke sana untuk menyambung pengajian pada Oktober tahun lalu.

“Tahun ini dia tidak dapat pulang menyambut Aidilfitri bersama kami kerana terikat dengan jadual peperiksaan yang padat.

“Pada Aidilfitri pertama dan ketiga lalu, dia sempat buat panggilan v1deo ucap Selamat Hari Raya dan ketika itu dia mahu bercakap dengan setiap orang yang ada di rumah neneknya di Felda Jerangau. Tak sangka pula itulah perbualan terakhir keluarga dengannya,” katanya.

Norhayati dan suaminya akan menaiki penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur jam 7 pagi esok, sebelum menaiki penerbangan ke Mesir jam 3 petang esok dengan sumbangan tajaan oleh kerajaan negeri.

Jangan lupa sedekahkan surah Al-fatihah buat arrwah.

Sumber : Harian Metro via arianarose via menujukebenaran

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*