“Arrwah macam tahu dia akan pergi” – Anak sulung Arrwah Faziani dedah wasap seminggu sebelum kejadian

Genap seminggu usahawan kosmetik, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad kembali ke rahmatullah selepas terbabit dalam kema langan di Pattani, Thailand pada Sabtu minggu lalu. Pemergian pengasas produk kecantikan Dnars berusia 40 tahun itu pada bulan Ramadan yang mulia, dalam perjalanan untuk menyampaikan sumbangan ke rumah anak-anak tahfiz menyentuh perasaan.Turut mengundang sayu apabila anak sulung Allahyarham iaitu Iqbar Hakim Jasman, 20, memuat naik video di laman sosial Instagram miliknya bagi menunaikan hasrat ar wah ibunya dengan memberikan 500 set produk kecantikan secara percuma kepada wanita.

” Ar wah mami (panggilan ibu) menghantar mesej kepada saya pada petang Jumaat, menyuarakan hasratnya untuk memberikan 200 set produk kecantikan secara percuma untuk wanita kelihatan cantik pada Hari Raya.

” Tapi Allah lebih menyayangi mami dan tak sempat melakukannya, dan saya menunaikan mesej dengan menambah bilangan set untuk pemberian secara percuma sebab melihatkan pengorbanan mami dalam memajukan perniagaannya.

” Kami ada berbual lagi menerusi panggilan telefon selepas waktu berbuka puasa pada Jumaat. Masih juga bercakap pasal hal kerja tapi hasrat mami itu disampaikan dalam mesej terakhir yang saya terima daripadanya sebelum men1nggal dunia,” katanya kepada mStar.

Iqbar yang kini merupakan Ahli Lembaga Pengarah Dnars berkata, sambuutan yang diterima daripada netizen amat menggalakkan selepas video tersebut dimuat naik kurang 24 jam.

” Kami menerima lebih daripada 500 penyertaan. Syukur, hasrat ar wah mami menerusi mesej terakhirnya kepada saya telah ditunaikan. Semoga roh Mami tenang di sana,” ujarnya.

Dalam pada itu, Iqbar sempat memuat naik tangkapan skrin perbualan bersama ibunya menerusi WhatsApp kira-kira seminggu sebelum tragedi berlaku, di IG Story pada Jumaat sebelum ia dipadamkan beberapa jam kemudian.

” Esok Sabtu, hari kelahiran mami. Orang kata kita akan m4ti hari kelahiran kita, badan ni tak sedap… rasa dua hari dah, penat,” demikian antara kata-kata Allahyarham Faziani.

Iqbar turut membalas Whatsapp ibunya itu dengan berkata “Perniagaan siapa nak jaga, anak 7 orang ni siapa nak jaga?”

Mengulas mengenai perbualan itu, Iqbar tidak menyangka mesej tersebut sebagai petanda ibu tercintanya pergi mn1ggalkan mereka sekeluarga buat selama-lamanya.

” Masa tu saya terlepas pandang, hanya menenangkan mami untuk tidak terlalu memikirkannya. Tapi benarlah atas ketentuan Allah, mami pergi seminggu selepas itu,” katanya dengan nada sebak.

Iqbar bagaimanapun menjelaskan tindakannya memadam posting di IG Story kerana mengundang kekeliruan mengenai tarikh lahir ibunya.

” Sebenarnya mami dilahirkan pada 10 November, tapi posting tersebut membuatkan ramai keliru kerana ar wah men1nggal dunia pada hari lahirnya. Sedangkan saya sudah nyatakan pada posting tersebut bahawa perbualan bersama ar wah adalah seminggu sebelum kejadian.

” Tapi memang benar mami lahir pada hari Sabtu. Mungkin itu sebabnya Mami seolah-olah dapat merasakan dia akan pergi buat selama-lamanya pada hari berkenaan,” katanya.

Menurut Iqbar, dia reda dengan pemergian ibunya dan semakin memperoleh kekuatan dalam meneruskan kehidupan bersama keluarga terutama tujuh adik-beradik.

Malah, dia turut mendedahkan mengalami mimpi didatangi ar wah ibunya pada Rabu lalu.

” Rabu lepas, saya mimpikan mami. Dalam mimpi tu, ar wah pakai telekung dan datang jumpa saya. Mami hanya tersenyum dan kelihatan begitu tenang.

” Saya mentafsirkan senyuman ar wah yang tenang itu mahu saya dan keluarga tidak lagi bersedih. Kalau mami di sana tenang, kenapa kami di sini perlu bersedih,” katanya.

Apa komen netizen:

Roziana : 3 hri sebelum mn1ggal, mmg akn saakit2 bdn… Teringat dgn arr wah adik aku dlu…. Sbelum menjelang ajal dia… Dia pnh kata, pinggang dia saakit sgt… Aku ingtkan tu tanda2 dia nk dtg bulan sbb dh 12tahun kan… Rupa2nya dia nk pergi… Dia pnh kata dulu dia mimpi org lelaki, asyik ikut dia…. Dan pnh juga mimpi dia bertemu dgn Allah, allah nk jumpa dia dlm syurga, tp yg peliknya dia kata dia taj nmpk muka Allah tu…. Aaaaa, org2 yg baik… Mmg akn tahu dia nk pergi.

Rainiey : teringat kat arrwah adik..masa dye mn1gal dye umur 12..baru lepas ambil upsr..sminggu nak raya haji..kami sekeluarga jarang dapat makan daging…masa dekat nk raya..dia kata xsempat nak makan daging..shari sblum dye mn1gal dye salam dengan kawan2 dye smua lepas main bola..dye kata esok dye xde dah..bnyk lagi tanda2 dye..tp yeala..mana nk prasan smua tu..skrang dah 6 tahun pemergian dye…paling sedih result upsr dye xsempat tengok

Nor Shahira : macam arrwah ayah saya. siang tu dea mnta air sirap kat ibu. ibu cakap kat saya, ayh tak penah mnum sirap selama dea hidup,,pastu masa kami adk beradik ada kat sisinya, ibu pon ada dea cakap, buuu nnti belikan ayah bjy raya wrna putih yaa.. ibj cakap bju wrna lain kan byk. pstu dea cakap haa bolee je wrna lain.. malam hri yg sama dea pergi wat selamanyaaa. lepas solat isyak.

Eyna Jebat : Ingat mse mak s4kit mak ad kate kalau mak mninggal biarlah hri jumaat.. nnt kalau mak mn1gal ank2 mak mandikan ye.. lepas tu mak salu mintak maaf kat abah, kat kami ank2.. n mak siap kate mak dh ampunkan smue dose n slh ank2 die kalau ada.. mak mntk maaf at smue jiran2.. n mak kate mak syg kami smue.. nnt jumpe kat sne.. rupenya wktu tdekat tu mak mninggal..4taun belalu..

Nurul Farhana Ibrahim : Mcm aruah kakak sy….die call mak n nenek suh bacakan yasin untuk dia…sblom tu die pnah mimpi ad org bawak die p tempat wangi sgt2 pnuh ngn bunga….org tu xbg balik.p akak nk balik….esokkan dpt call dari makcik ckp kakak acdent ngn komuter….allahu…padan laa die suh mak n nenek banyakkan baca yasin untuk die..rupanya die dah tau die nk pergi….

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Yaa. Terima Kasih. ASIA KINI

Sumber: mstar via asiakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*