“Anak Yatim Sampai Pkul 4, V1P Sampai 6.30, Siapa Raikan Siapa?” – Sufian Suhaimi

Tiba saja bulan puasa, golongan yang akan diberi keutamaan sudah tentunya anak-anak yatim.Ketika inilah ramai pihak khususnya individu orang kenamaan (V1P) berebut-rebut untuk meraikan anak-anak yatim menerusi majlis berbuka puasa. Namun, satu perkara yang menjadi perbincangan setiap kali majlis ini diadakan adalah layanan terhadap mereka. Adakah mereka benar-benar diraikan? Mana adab kita dalam melayan anak-anak yatim..?

Benar kita popular di mata masyarakat terutama sekali dalam Malaysia. Tetapi, sedarkah kita.. Anak-anak yatim ini lebih mulia & mampu menarik kita ke syurga!

Isu ini juga telah menarik perhatian penyanyi Sufian Suhami menerusi satu perkongsian di akaun Twitternya.

Menurut Sufian, jika anak yatim tiba di majlis lebih awal daripada golongam V1P, siapa sebenarnya yang diraikan?

“Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim.

Anak yatim sampai pkul 4, tunggu sampai berbuka.

V1P sampai 6.30, ambil gambar sampai berbuka.

“Siapa raikan siapa?,” katanya.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim

Anak yatim sampai pkul 4, tunggu sampai berbuka. V1P sampai 6.30, ambil gambar sampai berbuka.

Rata-rata warganet dilihat bersetuju dengan pendapat berkenaan. Kebanyakkan diantara mereka merasakan jurang layanan antara V1P dan anak yatim pada setiap majlis rasmi harus dikurangkan.

Ini antara reaksi dan komen warganet di Twitter:

Belum sampai bab makanan vv1p terhidang atas meja, yg anak yatim beratur panjangggg nak ambik makann

— Mawi (Soyaloverissa) May 20, 2019
Yaaaa perkara ini masih berlaku smpai sekarang hurm tiba2 teringat majlis buka puasa kat sek , makanan x cukup utk pelajar , V1P punya ramai jemput beria lagi , alih2 boleh bilang dgn jari je berapa ramai yg dtglast2 cikgu suruh pelajar yg takde makanan mkn kt tmpat V1P

— Atiqah (atiqahromzi20) May 20, 2019
Ok my abang buat majlis anak yatim every year, 1 majlis 3 bas anak yatim. Kami standby 20 org utk serve every meja. Mknn dh terhidang khas utk mereka. Yg still ada mak bapak sila ambik sendiri

— Yulenda Dullah, Setuju…dah melalui sendiri. Anak2 baru nak senduk nasi tiba2 sorg pljr dr universiti tempatan dtg beritahu beri keutamaan kpd v1p dulu. Sila bangun & tunggu v1p selesai makan dulu.
Rasa trhina…hingga kini rasa taubat nak pergi majlis yg melibatkan org2 v1p. Apa salahnya beri kanak-kanak makan dulu. Pahala dapat, sanjungan & pujian juga menyusul kerana meraikan kanak-kanak. Rasulullah sendiri sayang & kasih pd kanak-kanak. Tapi inilah hakikat masyarakat sekarang…mmg mengecewakan.

Zaza Zin, V1P dok meja ada org lyn mkn,ank2 yatim beratur pjng ambik makanan..kesian masyarakat hari nie…

Ribena Berry, Nilah yg terjadi… Menggunakan anak yatim/OKU utk raih perhatian… hakikatnya x seindah yg diharapkan…anak yatim/OKU makan buffet… V1P makan berhidang siap pramusaji lagi…anak yatim/OKU makan buah tembikai, V1P table letak buah anggur… V1P table pasang kipas extra, kdg2 siap ada air cooler, anak yatim/OKU pakai je lah kipas tergantung tu, berpeluh2 makan…V1P table dok depan stage, anak Yatim/OKU duduklah table blakang2… so sape raikan sape sebenarnye???

Fitrah Ain, Nak nmpak hebat di mata masyarakat je..pttnya ank yatim tu la vv1p..dh jemput ank yatim elok tk payah jemput vv1p.vv1p ni hari biasa pun perut dh knyg dgn makanan mewah..

Sumber : celotehsaje

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*