Anak saudara Siti Nurhaliza yg cun jadi perhatian ramai, Cantik macam Tokti

Baru-baru ini anak selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania menjadi bualan hangat netizen kerana mempunyai rupa paras yang cantik meskipun baru berusia 14 tahun. Yang paling tidak disangka, Marissa menerima banyak lamaran melalui DM ayahnya di instagram. Terbaru, anak saudara penyanyi no 1 negara Dato’ Siti Nurhaliza pula menjadi tumpuan netizen. Memang cantik saling tak tumpah seperti ibunya Saida. Cair tengok!

Anak sulung kepada penyanyi, Saida ini viral di media sosial selepas gambarnya tersebar. Raut wajahnya yang cantik persis ibu dan ibu saudaranya Dato’ Siti Nurhaliza membuatkan Siti Nurunnyssa menjadi bualan hangat.

Ke mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi. Betul tak?

Ternyata kecantikan yang dimiliki Nurunnyssa diwarisi oleh ibu dan Mak Iti sendiri. Macam orang dulu-dulu cakap, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.. Betul tak? Kami yakin Nurunnyssa pasti mempunyai suara yang merdu juga kan?

Pernah “Private” kan Akaun IG

Sebelum itu, Penyanyi Saida berkata, anaknya iaitu Siti Nurunnyssa Mohd. Ghazali, terpaksa menukar akaun Instagram kepada mod peribadi selepas menjadi perhatian kerana memilki wajah cantik.

Saida atau nama sebenarnya Siti Norsaida Tarudin, berkata, walaupun dia tidak kisah dengan perkara itu, namun anak sulungnya itu berasa tidak selesa lebih-lebih lagi gambar-gambarnya diambil untuk menjadi bahan bualan forum.

“Saya mendapat tahu nama Nurunnyssa menjadi bualan netizen di beberapa forum. Saya tidak kisah tetapi anak saya mengambil perkara itu sangat serius dan berasa privasinya diganggu.

“Apaatah lagi banyak gambarnya diambil tanpa persetujuan dia pun. Saya faham, dia tidak selesa dengan situasi itu dan terpaksa menukar akaun Instagram kepada mod peribadi.

“Bagi saya, tindakannya itu bagus dan mempunyai pendirian sendiri. Saya percaya anak saya mampu berfikiran dengan bijak dengan setiap ujian yang hadir,” katanya kepada mStar Online.

Saida berkata demikian bagi mengulas mengenai anaknya, Nurunnyssa yang menjadi perhatian netizen kerana memiliki raut wajah yang cantik.

Dalam pada itu, Saida berkata dia tetap memberi nasihat kepada anaknya agar lebih berhati-hati setiap kali memuat naik gambar di laman sosial kerana ia boleh dijadikan sasaran oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memburukkannya.

Selain Nurunnysa, Saida yang merupakan ibu tunggal juga mempunyai tiga orang anak iaitu Anas, 17, Khalid, 13, dan Siti Nurul Mashitah, 10.

Min kongsikan sedikit perkembangan terbaru Tok Ti.

Kecoh dengarnya ada yang mahu lagu Anta Permana ke Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL) dengan penyanyi asalnya Datuk Seri Siti Nurhaliza dikekalkan. Tak mahu penyanyi lain diminta membawakan lagu yang lunak merdu itu tanpa Siti!

Lagu ciptaan dan lirik Hael Husaini dan Ezra Kong nyanyian Siti, Huzz anggap ‘berhntu’ itu, setakat ini terang-terang layak untuk bukan sahaja naik ke pentas AJL malah mampu meraih kemenangan kerana lagu-lagu saingannya tak semua cukup kuat walaupun boleh dilayan dengar.

Bagaimanapun Siti yang sudah bertahun tak menyertai acara hiburan popular itu demi memberi laluan artis lain meraih juara, tak terfikir nak kembali ke pentas AJL.

Semua maklum, Siti sering ‘sapu’ trofi juara bukan setahun dua tapi bertahun-tahun, sejak menyertainya sejak 1995 dengan lagu Jerat Percintaan.

“Ada yang mahu Siti beraksi kembali tapi setakat ini tak buat sebarang keputusan lagi mengenainya,” cerita Siti waktu kami duduk berborak baru-baru ini.

Huzz setuju Siti yang sudah ada pada kelas tersendiri setelah lebih 20 tahun bertahan dalam dunia hiburan terus mnggalkan AJL. Cukuplah sebagai penyanyi undangan atau juri.

Siti bakal menjayakan konsert mini di salah satu lokasi yang akan diberitahu kelak 14 September 2019. Lokasi asalnya di PWTC tetapi tak menjadi di saat akhir.

Sesiapa yang nak dapat sepasang tiket percuma, lekaslah jadi pelanggan semua produk SimplySiti melalui pembelian di Shopee menggunakan kad CIMB Bank sekitar 2 Ogos hingga 7 Ogos ini!

“Siti pun sedang memilih-milih lebih 14 buah lagu untuk dipersembahkan,” katanya yang akan menyanyi diiringi live band.

Sesudah September tahun ini, akan menyusul publisiti Siti bakal mengadakan konsert di Australia pula sekitar Oktober. Konsertnya di Royal Albert Hall untuk kali kedua ditunda ke tahun depan dengan produksi sendiri.

“Jadual agak sibuk sampai ke awal tahun depan,” kata pengurusnya, Rozie Razak.

Dalam pada itu, Siti dan suami akan pulang ke Kuala Lipis meraikan Aidiladha minggu depan.

“Dan inilah kali pertama Siti Aafiyah akan ikut balik ke Kuala Lipis. Sejak lahir dah lebih setahun, dia tak pernah balik Lipis,” kongsi Siti.

Sumber : Ig Nyssa Nk via titian kayu/utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*