Aliff Syukri Terkejut Remaja OKU Datang Ke Rumahnya Mahu Minta Kerja. Cikgu Remaja Ini Tampil Dedah Sesuatu

Sebuah perkongsian menyentuh hati oleh Datin Shahida dan suami Dato Aliff Syukri di Intagram sebentar tadi dan menarik perhatian ramai. Datin Shahida memuat naik sebuah video di mana seorang remaja lelaki yang difahamkan OKU itu datang dari Segamat ke rumah mereka kerana mahu berjumpa dengan suaminya, Dato Aliff Syukri. Berikut adalah perkongsian Datin Shahida. Vdeo disediakan di hujung artikel.

” Keluarga baru saya di rumah…nama dia Syukri. umur 20 tahun. Tak boleh mendengar dan bercakap, datang dari segamat. Dia cari rumah saya katanya dari pagi sampai petang sebab nak jumpa dgn aliffsyukriterlajaklaris .katanya minat sangat.

” Alhamdulillah tetamu tu rezeki sebenarnya. Sembang2 guna telefon je sebab saya x pandai berkomunikasi bahasa insyarat. Katanya nak minta kerja….apa2 kerja dia boleh buat.

” Alhamdulillah dah 3 hari dia tinggal di rumah saya .rajin orangnya .bibik2 saya pun senang dgn dia sebab ringan tulang dan sangat baik. mereka tulis pakai handfone je jika nak komunikasi.

” Sebenarnya bila jumpa dia saya sedih sebab dia walaupun kelainan upaya tapi happy je sentiasa ceria,kita ni yg sihat sempurna asyik merungut je kenapa begitu begini hidup kita…terus insaf dan menghargai apa jua nikmat yg Allah bagi….jadi mengajar kita bersyukur sebenarnya dan menghargai kehidupan kita..

Dalam pada itu, suami Shahida, Dato Aliff Syukri turut berkongsi sebuah video beliau bersama remaja tersebut di Instagram. Menerusi video tersebut Aliff Syukri meminta pendapat orang ramai adakah patut beliau memberi peluang kepada remaja itu bekerja dengannya.

“Adakah patut sy ambil dia bekerja ?? Bantu saya”

” Harini secara tiba-tiba seorang lelaki datang dirumah saya. Dan saya dibawa oleh pengawal keselamatan rumah saya..sy ingat perompak. Dan dia cakap dia nak jumpa saya . Saya terkejut apabila dia datang tiba2 dengan bawa plastic gambar saya. Dan dengan gaya yang normal dia nampak begitu segak dan juga handsome..tak sangka dia oku

” Dia begitu teruja dapat berjumpa dengan saya.. Ini lah kali pertama saya menghadapi pengalaman seperti ini. Dia nak bekerja dengan saya..

” Dan dia peminat saya. Tapi, adakah patut saya mengambil dia sebagai seorang pekerja. Sedih,kesian, confused semua ada… Apa patut saya buat sila comment dibawah….full vedio ada di yutube saya tv terlajak laris

” Sementara itu, menjengah di ruangan komen rata-rata netizen memberi maklum balas positif dan meminta Aliff Syukri mengambil remaja itu bekerja..”

Malah beberapa rakan selebriti turut berpendapat sedemikian.

” Ambil dia Dato dan Datin..”, komen ringkas Ras Adiba Radzi

” Dato sri datin sri orang yang baik hati,semuga dimurahkan rezeki,amin..”, komen Zarina Zainuddin

” Ko baik laaa! Aku dengki dgn ko!! Sb tu aku nak kaya!! Sb aku boleh buat masjid! Aku boleh tlg org!! Aku doa moga Allah pelihara ko dunia akhirat.. yg org nmpk x penting, yg penting apa yg Allah nampak..”, komen Jozlynn ( Johan dan Ozlyn)

Bagaimanapun dalam banyak-banyak komen, tiba-tiba muncul satu komen dari individu yang mengaku guru kepada remaja itu.

” Allahuakhbar Dato…terima kasih sudi menyantuni Syukri ni. Saya selaku Guru Pendidikan Khas di Daerah Segamat,amat mengenali Syukri malahan berjiran dengannya.Beliau memang anak yang baik,rajin dan menghormti orang.

” Dato adalah idola beliau.Ke mana-mane dia pergi…dia akan tunjukkan handfone dia yg penuh dgn gambar2 Dato.Sebaik sahaja tamat persekolahan pendidikan khas di SMK Paduka Tuan,Segamat…beliau melakukan pelbagai kerja seperti operator di ECO Shop,kerja di kedai makan dll.

” Terus terang saya nyatakan anak OKU ini…memang baik pekerti,positif dan tidak malu bergaul dgn orang.Terima kasih kerana sudi menyantuni beliau.Allahuakhbar…menitik airmata saya..”

Admin berasa sungguh terharu dengan kebaikan yang dipamerkan oleh Dato Aliff Syukri. Semoga sisi baik beliau ini yang kita perkatakan dan sanjung.

Sumber: IG Datin Shahida dan Datuk Aliff Syukri via asiakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*