Alahai comey je Remy Ishak, Muka gentleman tapi gaayat tinggi rupanya

Video yang di kongsikan spec.mf melalui ruangan instagram menarik perhatian netizen apabila Remy kelihatan gaa yat dan sedikit takut berada dalam cable car dalam pengambaran cerita lelaki kiriman Tuhan. Rata rata netizen juga terkejut bila tahu Remy sebenarnya gaa yat tinggi, Comey je gelagat Remy dan Mira Filzah dalam video ini. Jom tengok

Min nampak sesuai dan serasi Mira dan Remy ini dalam semua drama yang mereka berkerja bersama.

Gadingan Mira Filzah dan Remy Ishak baru baru ini viral dengan slot akasia TV3 pujaan hati kanda telah membuat 12 juta rakyat malaysia menonton drama tersebut. Sekarang Remy dan Mira masih di gandingkan bersama dalam drama Lelaki kiriman tuhan di Astro channel.

Sinopsis Lelaki Kiriman Tuhan

Naira, si gadis garang, selalu berwajah masam dan malang. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Baginya semua tidak ikhlas dan suka ambil kesempatan kerana, baginya Lelaki yang mengaku mencintainya separuh maa ti pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Namun adakah kehadiran Iqbal Raid adalah lelaki kiriman tuhan untuknya.

Lakonan Remy Ishak dan Mira filzah adalah pendokong utama untuk drama arahan Rashid Sibir ini. Pertama kali menonton episod pertama sebenarnya terpesona dengan lokasi di Kedah. Kedai kedai klasik menghidupkan lagi suasana drama ini.

Entahlah, aku suka sinematografi drama ini. Naira hidup menderita selepas kemaa tian ayahnya disebabkan dia terpaksa menggalas tanggungjawab melindungi resort arwah ayahnya dan juga pelindung kepada adiknya Zeenta dan uminya. Semuanya kerana akibat perbuatan abangnya Mirza yang juga seorang penagih daa dah yang telah meminjam dengan Along

Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu dan misteri mula menganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Setelah terdengar ugutan Along di lorong kedai, Raid merasa simpati kepadanya. Tanpa disedari Raid seronok untuk menawan hati Naira yang muka macam masam, ego dan sombong itu. Sebenarnya maira stress dengan situasi yang di perlu hadapi itu.

Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira.

Permulaan perkenalaan keduanya juga agak terkejut dan kelakar bila naira tersilap menaiki keretanya di simpang trafik. Semuanya gara gara melarikan dari along yang menuntut hutang.

Iqbal Raid lelaki misteri yang begitu ikhlas mencintai Naira dan ingin menjadi pelindung kepada gadis malang ini. Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkor ban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza.

Mirza mendakwa bahawa Raid merupakan seorang ga ay dan dia menjadi penagih daa dah disebabkan oleh Raid sewaktu mereka sama-sama menuntut di UK.

Musim bulan madu berlalu dengan indah, tetapi terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumahtangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya?

Selama 10 bulan Raid menghilang tanpa sebarang berita selepas terlibat dengan kemaa langan dan mayatnya masih gagal tidak ditemui. Memang malang nasib naira tambahan pula Naira dalam keadaan yang sarat mengandung dan gigih untuk mencari kebenaran masa silam suaminya.

Faris seperti yang didakwa oleh Mirza pula adalah sebagai pasaa ngan songsang Raid. Dalam masa yang sama tersebar berita bahawa raid pernah menjadi lelaki simpanan kepada 2 datin.

Faris yang dikatakan pasaa ngan songsang raid dan menceritakan hal sebenar malah memadu kasih pula dengan sahabat baik Naira iaitu Maryam dan menjaga Naira selepas kehilangan Raid.

Sebenarnnya Raid menghilang 10 bulan kerana terlibat dengan kemaa langan yang telah dirancang oleh syarikat pesaing. Atas dasar keselamatan maka dia diminta untuk menyembunyikan diri tambahan pula kesan daripada kemaa langan itu dia telah kehilangan ‘kelelakian’nya yang menyebabkan dia rasa hilang keyakinan untuk berjumpa dengan Naira Setelah dia sembuh ambil masa pula untuk mendalami ilmu agama

Siapakah Iqbal Raid sebenarnya? Manusia biasa, hantu atau manusia sebaik malaikat?

Sumber : ig spec.mf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*