Alahai comelnya, bekas isteri Pu Abu dedah nama penuh dan wajah terkini anak

Umum sudah mengetahui baru-baru ini bekas isteri Pu Abu selamat melahirkan bayi lelaki. Ramai yang mengucapkan tahniah keatas kelahiran bayi tersebut. Malah, Ain yang telah selamat melahirkan anak pada 7 Jun lalu di sebuah hspital di Shah Alam kini telah mendedahkan wajah penuhnya. Sekali gus mengumumkan nama kelahiran bayi lelaki itu, Muhammad Adam Aysar. Menerusi update terkini di laman ignya.

“Tak sangka dah nak sebulan dah sayang. Moga umi direzekikan dapat menjaga dan melihat kamu membesar hingga sampai waktunya.

“Umi tak ada benda lain boleh bagi melainkan jiwa umi cukup besar untuk terus beri kasih dan sayang pada Aysar. 7 Jun 2019,12:55pm,” tulisnya.

Comelnya adam

Sebelum ini, Bekas isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Ain ‘Afini Latif mengucapkan terima kasih kepada penceramah bebas itu kerana menguruskan dirinya dan bayi lelaki mereka.

Ain ‘Afini yang melahirkan anak lelaki pada Jumaat lepas di sebuah hspital di Shah Alam, telah memuat naik sebuah posting di Instagramnya pagi tadi (Rabu).

Menerusi posting tersebut Ain ‘Afini berkongsi rasa gembira dengan kelahiran bayinya dan PU Abu, selain berharap agar si kecil itu membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.

“Alhamdulillah, selamat datang khalifah kecil umi ayah puabu.official . Semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh, penyejuk mata dan menjadi manusia yang memberi manfaat.

“Hiduplah dengan berkasih sayang. Sayangi diri, maafkan dan hargai diri sendiri. Secara tak langsung mudah jiwa ini memaafkan orang sekeliling, hidup terlalu singkat untuk mencipta tembok kebencian.

“Pilihlah pilihan yang menenangkan hati dan mendekatkan diri dengan redha Allah. Terima kasih family, ayah puabu.official tolong uruskan makcik ni,” tulisnya positif.

Perkongsian Ain ‘Afini itu telah mendapat reaksi positif daripada pengikutnya dan memuji sikap pemaaf ibu muda tersebut.

Terdahulu, PU Abu telah mengumumkan mengenai kelahiran bayi mereka dan turut mendoakan anak sulungnya menjadi seorang anak yang soleh dan berbakti kepada Islam.

PU Abu turut memohon maaf kepada anaknya itu kerana, sepanjang berada dalam kandungan bekas isterinya dia sebagai bapa banyak melakukan kesilapan.

Selain itu, PU Abu turut berterima kasih kepada Ain ‘Afini kerana melahirkan anak mereka.

“Ayah mohon maaf sebab telah banyak buat salah pada awak di saat awak dalam kandungan.Jaga hati ummi elok-elok sebab banyak pengorbanan ummi sepanjang awak ada dalam perut ummi.

“ainafini_ terima kasih kerana telah melahirkan anak hebat ini.Moga dia mewarisi kesabaran dan kekuatan awak sepanjang kandungkan dia,” tulisnya lagi.

Ntizen tertarik memberi komen di ig Ainafini. Antara komen mereka.

” Semoga Ain dan ank terus diberi kekuatan yaa.. xpela kita di dunia ini hanya sementara.. semoga Allah sentiasa merahmti dan melindungi Ain, ank dan sekeluarga.. “

”Tahniah sis.. Seorg ibu akn sentiasa kuat dan berjiwa besar utk membesarkan ank2… mg sis dpt membesarkan baby adam aysar dgn baik… mg sentiasa dlm lindungan dan kasih syg Allah… “

” Lebih pda muka akk. Aysar, jadi anak soleh. Jangan nakal2, sayang umi awak smpai syurga and may Allah bless both of you.. “

” Name seindah rupaa.. alhamdulillah.. moga mbesar dgn baikk syg.. sihat selalu dan boleh jaga umi nnt dh besar.. “

” Comel nya rugi ayah nya x nak anak sendiri ,nak anak org lain haha..b0doh sangat gitu lah manusia yg x nak bersyukur dgn apa yg Tuhan kurniakan”

“Comel.. putih gebu.. jgn ikut perangai ayah anda ya.. ayah anda tu.. haaa malas nak ckp.. kang kurang pahala”

“Brg lps jgn d kenang. Trskn jaga anugerah terindah itu. Allah pasti bersama kalian ber 2..AAMIN”

Tahniah sekali lagi kepada Pu Abu dan bekas isteri. Semoga mereka berdua mendidik anak menjadi anak yang soleh. amin. Sumber Ig ainafini, Pu Abu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*