“Aku tak malu badan bau ketiak”- Pelakon Reza Hasbi jadi kontraktor kampung, ambil upah pasang siling rumah

LUAHAN pelakon Reza Hasbi yang tidak menerima tawaran berlakon hingga menjejaskan pendapatannya untuk menyara keluarga menerima pelbagai reaksi netizen.Malah rata-rata mempertikaikan niatnya untuk meminta bantuan zakat kerana beranggapan dia seorang yang pemalas dan sekadar mahu bergantung harap kepada dunia hiburan. Enggan membiarkan netizen terus menghinanya tanpa mengetahui situasi sebenar, Reza atau nama sebenarnya Muhammad Ridzuan Habullah, 30, berkongsi mengenai pekerjaan sampingan yang dilakukan demi mencari rezeki.

V1deo:

Reza dedah pernah mengambil upah buat siling rumah orang.

“Aku tak malu dengan kehidupan aku seperti mereka perkatakan. Walaupun aku artis tapi aku sedar di mana aku dulunya.

“Aku maafkan mereka yang memperlekehkan kehidupan aku. Ni masa aku tak ada job sebelum puasa hari tu. Aku ambil upah buat siling rumah orang.

“Aku tak malu berpakaian seperti itu, aku tak malu badan aku bau ketiak, aku cari rezeki untuk anak isteri aku,” ujarnya.

Reza sebelum ini menerusi laporan mStar pada Jumaat mendedahkan dia berhadapan dengan situasi memeritkan apabila terpaksa meminta ihsan ibu bapa demi meneruskan kehidupan.

Menurutnya, perkara itu terjadi disebabkan lebih dua bulan dia tidak menerima mana-mana tawaran berlakon.

“Jangan disebabkan perkataan aku rasa macam nak minta zakat korang memaki hamun aku ikut sesuka hati.

“Aku maafkan dengan senang hati sebab ramai sangat yang membantu dan mendoakan aku. Sayang korang semua,” katanya.

Sebelum ini pelakon drama Dia Menantu Rahsia ini juga ada meluahkan rasa kesal terhadap pihak produksi yang menguruskannya kerana menganggap menjadi punca dia tidak mendapat sebarang tawaran berlakon.

Bagaimanapun, menurut penerbit Datuk A. Aida, dia menganggap pelakon itu tidak bersyukur dengan bantuan yang diberikan selama dua tahun ketika mengikat kontrak bersama syarikat produksinya.

Apa komen netizen :

Wahidedi dedi : Saya slut adek gelemor saya juga peminat adek dia pandai menhibur dan pandai buat kerja bertukang rumah tahniah adek dan jangan memileh kerja razki kita datang dari manax jangan bergantung satu perkerja sahaja sabar dan bersukur apa yg Allah telah kurniakan berdoalah walau pun rezeki kita Sedikit tetapi berterusan Sedikitx lamax jadi bukit susah dulu senang kamudian saya doa kan moga adek bahagia disamping keluarga dn sehat selalu tulah kebahagiaan dn kekayaan sebenarnya bersukur apa ada pada kita selamat menyambut hari raya akn tiba Salam dari bumi kenyalang inssallah dipemudahkan. Ameen ameen ameen.

Saridah Akop : Boleh pun bekerja..rezeki bkn berlakon aje ..banyak lagi pintu rezeki di bumi Allah nie ..cuma kena rajin dan usaha

Roslina Rahim : Aku pernah rasa hidup susah mcm ni…yg dok menghina tu ckp senang laaa…entah dok umah makan minum pon mak pak tangung…sedap2 lepak main game…main fon…xdk duit mintk kt mak pak…org dlm keadaan susah patut laa kita doa semoga murah rezeki dia..bkn hina dia…

Nursya :Kau igt kije kg ni takleh hidup ke? Igt artis ni kaya sgt ke? Aku yg takdpt bantuan ni boleh je hidup. Hidup ni takyah nk raih simpati org sgt laaa. Berusaha je lebih

Suraya Amirul : Assalamualaikum awk, x per kita cari rezeki janji halal bukankah rezeki ALLAH YANG ESA itu sangat luas ? Kenapa kita harus ambil perduli ngn kata2 manusia ? Teruskan usaha semoga berjaya

Fina Aneem Zana : Tak perlu malu…mencari yang halal…lebih terhormat dari mengharap bantuan…sebab masih muda dan sihat…..

Adam Tuan Mukriz : Tak perlu kongsi semua kisah hidup kita di media sosial sebab kebanyakannya hanya akan mengecam bila tak kena di mata mereka.

Kalau masih bujang, tak apa jugalah sebab tanggung sendiri, tapi kalau sudah berumahtangga, bayangkan kesan dan tempias yang akan terkena pada isteri, ibu bapa dan mertua. Tak malu ke?

Semua sedia maklum kerjaya anak seni tak menjanjikan kemewahan untuk semua. Hanya yang betul-betul bernasib baik sahaja boleh kekal lama dan membina empayar. Yang lain, makan tayar

Shahriman Iman : Cerita dia mcm nie..bila berada dibawah syarikat..syarikat lain tleh ambil berlakon dan syarikat bawah dia pula tak bagi job..mcm mana nak teruskan kerjaya berlakon..

Sumber : mstar via nalurikini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*