Aku seluk poket seluar Marzuki ada lbh krg 10 keping kertas,macam tiket wayang, akhirnya terbongkar- Marzuki bahagian 2

Foto sekadar hiasan. Hai assalamualikum.. Masih ingat cerita Marzuki suami aku nama je sedap tapi perangai Masha Allah. Aku da lama sangat bertahan dengan dia ni. Korang yang mana belum baca bahagian 1, boleh baca kat bawah.* Throwback last episod… Masih ingat k3s 4×4 triton yang dia tak bayar tak?? ( Kalau yang mana tak tahu boleh baca dari part 1 dulu okay , kalau tak korang pening nanti )

Marzuki langsung tak minta maaf. Allah… aku rasa keseorangan dlm dunia ini. aku kena langsaikan hutang yg bukan aku buat. Bila Marzuki belek2 telefon aku… tengok aku wassap dgn siapa dh tentu dia akan jumpa wassap aku dgn peguam dan pegawai bank tu.

Tapi dia tak pernah tanya perkembangan k3s ni..bagaimana perasaan aku..sedangkan ini semua terjadi disebabkan dia. aku tak tau apa nak buat dah..aku kena hadap masalah ni sorang2.

Kalau nak ikutkan hati, memang da lama aku nk berpisah dengan dia. Aku sampai sekarang tak tahu mana punca duit dia tiap2 bulan pergi. Boleh di katakan aku yang sara semua isi rumah da sebagainya. Dia? Marzuki goyang kaki duduk depan tv je.

Tapi kuasa Allah tu maha Besar, aku jumpa sesuatu dalam kocek seluar Marzuki. Runtuh jiwa raga aku tengok benda tu. Aku memang tak sangka tergamak Mazrzuki boleh buat benda salah dsisi agama. Allahu.. Kuatkan lah aku. Aku nk tulis apa yang dalam kocek dia pon tak sampai hati.

Aku seluk poket seluar Marzuki ada lebih kurang 10 keping kertas.. Sekali tgk mcm tiket wayang pon, sekali lagi tgk macam tiket bas.. Astaghfirullah hal hazim… TIKET JUDI!!

Atas kertas tu ada tulis, 4D, TOTO, MAGNUM kertas berbeza beza.. MashaAllah.. Apa yang kau da buat ni Marzuki. Aku percayakan kau hidup2, aku sayang kau separuh nyawa aku, aku tak pernah berkira pasal duit sesen pon dgn kau. Kenapa tergamak kuat buat aku mcm ni Marzuki?

Petang tu aku panggil Marzuki duduk bincang dengan aku. Seperti biasa dia akan buat slumber dan muka tak serba salah.

Aku: Apa abg buat selama ni? Abng tipu saya ke?

Marzuki: Apa saya buat? Petang2 bulan ramadhan awak nk bebel apa ni?

Aku: Baik abg ngaku, abg selama ni main nombor ekor ke? main jdi ke? Patut lah duit tak pernah lekat( ada ), Abg ngaku skang, bukti semua da ada!!

Marzuki: Bukti apa! Kau tunjuk! Kau tunjuk!

Aku: Ni apa ni abg?! Kertas apa ni?! Kertas mengaji ke?! Kertas apa ni!

Marzuki: err.. Tu aku punya hal, kau jangan masuk campur hal aku.. Aku laki aku tao apa yang aku buat..

Aku: Ok fine!!… Kalau abg cakap nk jgn masuk campur hal abg kan, apa cerita 4×4 triton saya? Sedap abg pkai nama saya, lepas tak bayar!! Macam mana!!

Marzuki: Kereta tu atas nama kau kan??!! Kau bayar la.. Aku tak mampu!!

Astaghfirullah hal hazim… Aku diperbodohkan Marzuki senang2 camtu je.. Bila mampu bayar bila tak mampu lepas tangan.. Jenis suami apa yang aku dapat ni.. Ujian apa yg sedang melanda aku ni. Yaa Allah kuatkanlah aku…

Dah la nafkah culas, sekejap on sekejap off.. Terdetik dalam hati, dia pakai duit hasil main nombor ekor ke bagi nafkah kt aku? Sbb kalau da main takkan tiap2 hari menang kan.. Kan? Kan?

Aku: Abg main nombor ekor ni sejak bila? abg bagi nafkah kt kami anak beranak pakai duit nombor ke bang? (Suara aku da nk nangis, renyuk hati aku)

Marzuki: Kau diam, itu hal aku, kau jangan masuk campur mana aku dapat duit nk bg korang nafkah, yg penting aku bg!!

Aku: Astagfirullah hal hazim.. sumber nafkah perlulah dari sumber yg halal bang… ape ni bang??

Tetiba PANGGGG!!! Tangan Marzuki hinggap dekat muka aku! Ditambah kaki dia terasa kena betul2 dekat dahi aku… Allah… Allah.. Allah..!!!

Marzuki: Kan aku da cakap, jgn cari nahas dengan aku!! Kan da mendapat petang2 ni!! aissshh.. Semak betul kepala aku!

Aku hanya terkulai layu menangis, Marzuki masih berdiri depan aku, hati aku betul hncur, tergamak dia buat aku mcm ni semata mata kertas nombor ekor dia. Bangga sgt ke dia dapat hentam aku mcm ni pasal nmbor je!

Aku paling kn muka dekat wajah dia, time tu memang berjurai2 air mata aku keluar, tak habis dengan masalah guaman kereta tak bayar, tetiba muncul masalah baru ni.

Aku: Kau craikan aku!! Kau craikan aku!! Kau craikan aku!! Kau craikan aku!! Kau craikan aku!! Kau craikan aku!!

Marzuki: HAHAHAHAHA… Aku tak kan lepas kan kau la bangang! Aku sayang kau, kau bnyak berguna dengan aku, buat apa aku nk lepas kan kau!

Aku: Allah… Allah.. Tolong lepaskan saya dgn cara baik.. saya tak sanggup lagi hidup mcm ni.. Saya terbeban dgn semua tanggungjawab yg awak letakkan atas bahu saya.. Saya merayu.. Tolong lepaskan saya.. Tolong craikan saya.. Tolong..

Marzuki time tu hanya ketawa besar, seronok dia dapat tunggu ego suami, bangga dia sepak muka aku siap kaki naik sekali time tu. Marzuki hanya berlalu begitu sahaja petang tu.. Ntah kemana..

Aku bangun dalam tangisan air mata yang berjujuran.. aku pluk anak2 aku yg menyaksikan kejadian petang tu.. Mereka turut menangis tgk apa yg Marzuki buat pada aku. Marzuki seperti dirasuk. Tetiba dia seperti hilang akal. Selama 20 tahun kahwin tak pernah dia naik tngan.

Baru hari ni dia naik tangan dekat muka aku. Hatiku pasti sekali dia da main tangan, selama dia akan layan aku macam ni lagi. Aku masuk bilik dgn anak2, aku nangis sepuas puas nya sampai waktu nk berbuka.

Lepas je berbuka dngn mood yg kurang, lepas aku menunaikan solat magrib malam. Aku serti dapat aura dan semangat yg baru. Tetiba aku kaut semua baju dalam almari, baju anak2 aku semua. Aku kemas siap2 dalam bag. Aku nk balik kampung malam tu juga.

Aku hantar whatssap dekat boss malam tu emergency leave, aku perlu tenang kan diri. Aku perluukan kekuatan yg baru. Bermcam2 bermain dalam fikiran aku. Terasa kebas pipi masih belum hilang. Hentakan di kepala juga terasa benjolan.

Marzuki blm balik. Aku start kereta dan balik kampung malam tu juga. Separuh perjalanan, berpuluh puluh kali Marzuki call aku. Aku reject dan off masuk call yang ke 20. Aku da tak nak cakap dgn dia. Hati aku luluh tergamak dia da tua2 pon bantai aku. Bukan nya muda mcm dulu.

Sepanjang perjalanan air mata lah peneman aku, anak anak semuanya nyenyak tidur. Mungkin mereka faham apa yang terjadi antara aku dan bapak mereka. Aku sayang sgt anak2 aku. Aku da cuba buat yg terbaik.

Sampai saja di kampung, orang nombor 1 aku pluk MAK!! MAK!! aku nangis sepuas puas nya dibahu mak malam tu. Ayah aku tolong uruskan cucu dia untuk sambung tidur di bilik.

Masa ni lah terbuka semua pekung di dada apa yang Marzuki buat dekat aku. Semua aku ceritakan pada mak dan ayah. Mak bnyk beristgfar malam tu bagaikan tak percaya menantu dia selama 20 tahun ni mcam tu perangai nya.

Ayah aku pula hanya hentak hentak kaki dekat lantai kayu rumah kami. Mungkin menahan geram apa yang terjadi selama ni. Hanya mulut ayah terkumat kamit, Marzuki! Marzuki!

Malam tu mak yg sapu dan sapu ubt dekat pipi dan dahi aku, mak cakap aku kena banyk bersabar. Tapi kali ni mungkin tak lagi. Aku akan menuntut fasakh di mahkamah. Kita tengok siapa game siapa? Aku da hilang sabar kali ni . 20 tahun aku besabar.. 20 tahun aku besabar..

Aku mohon pembaca semua doakan urusan aku berjalan dgn lancar. Nanti aku sambung lagi. Mungkin terlampau panjang sangat da ni. Assalamualaikum..

Sumber : Dunia Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*