Aku pernah kena gigit dgn ibu,tak cukup dgn tu sedara mara tokok tmbah pdn muka,kuat lagi kuat lagi,biar dia rasa

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua… Ini kisah aku dan family aku. Kisah benar yang masih jadi igauan buat kami semua. Ya, sampai kami dewasa, masih teringat dan terngiang2 kata2 mak ayah. Aku harap luahan ini dapat membuka mata semua pihak mengenai isu yg aku ceritakan ni. To be honest, aku pun salah seorang yang pernah dide3ra fizikal dan emosi oleh kedua ibu bapa aku sejak aku kecil. Kadang-kadang silap aku kecil je, contoh tertumpahkan air atas lantai.

Tapi terus ibu bapa aku belasah aku dengan tali pinggang, kadang-kadang kena sepak terajang sampai senak perut aku.

Badan berbirat-birat tu biasa. Sampai sekarang, aku dah dewasa pun, tapi badan aku tetap banyak parut yang tertinggal kesan ‘d3raan’ ibu bapa aku. Cuma aku dan adik beradik aku bertuah sebab kami tak mti. Kami bernasib baik sebab berjaya survive dengan deraan ibu bapa kami.

Bukan aku je yang ‘dideera’, bahkan adik beradik aku yang lain pun sama. Takde yang terkecuali. Malah, sedara sedara aku pun sama. Masing-masing ada experience kena d3ra ni semua. Abang aku pernah kena pkul dengan bapa aku dalam bilik air sampai dia terglincir dalam bilik air, nyaris nak mti, sebab kepala dia bleeding teruk.

Kakak aku pernah kena lempar dengan kerusi sampai calar muka dia. Adik aku pernah berdrah badan di belakang sebab banyak sangat berbirat kena libasan tali pinggang. Aku pun pernah kena gigit dengan ibu aku sebab gduh dengan adik, rambut kena tarik dengan ibu tu biasa dah.

Banyak lagi nak cerita sebenarnya, tapi aku pun dah tak ingat sangat, sebab memori tu hampir separuh aku dah padam dari ingatan aku sebab ianya terlalu skit untuk aku.

Yang lagi awesome ialah, bila kami adik beradik buat salah, sedara mara tolong galakkan ibu bapa d3ra kami. Contoh, abang aku main mainan sepupu dia pastu tanpa dia sengaja mainan tu rosak ( aku rasa tu bukan salah abang aku sebab mainan tu memang nak rosak dah pun. Just timing je kebetulan terkena time dia main).

Soo apa lagi, mak cik aku pun report kat bapa aku. Dia suruh rotan abang aku. Bapa aku pun rotan dan marah la abang aku depan mak cik depan sedara kami semua. Lepas rotan dilibasnya pula tali pinggang.

Aku setiap kali adik beradik aku kena ‘d3ra’, aku memang tak sanggup nak tengok sebab aku boleh rasa betapa skit dan ngilunya setiap kali benda tu hinggap kat badan kami. Bila abang aku menjerit dan menangis je, bapa aku libas lagi kuat dan kuat, malah makcik aku pun cakap “hah padan muka.. kuat lagi kuat lagi.. biar dia rasa.. biar dia belajar jadi manusia”…

Abang aku masa tu dah meronta-ronta siap cakap lagi “tolong ayah.. tolong.. maafkan abang.. abang tak sengaja.. tolong ayah.. abang skit..”. Tapi ‘tolong’ abang aku tu sia-sia, semakin dia merayu, semakin laju libasan tali pinggang hinggap di tubuh dia.

Kenapa aku cakap kami ‘did3ra’? Sebab kesalahan kami terlalu kecil untuk dihukum, dan usia kami terlalu muda untuk dihukum. Bayangkan aku umur 5 tahun dah kena sepak terajang dan kepala dihantuk ke dinding hanya kerana terpecahkan pinggan kaca?

Dan bayangkan lagi, bila adik aku umur 5 tahun masih tak reti membaca, diikat kat pokok di luar rumah sampai kelaparan dan penuh gigitan nyamuk di badan? Kau rasa ni satu didikan yang bagus ke?

Ramai yang cakap, “disebabkan didikan mak bapak yang macam tu lah, anak jadi berjaya.. jadi manusia sekarang”.

Kau silap, aku dan adik beradik aku berjaya sebab kami memang nak berjaya.. dan kami berjaya sebab kami mahu.. atas desire sendiri.. dan atas didikan guru-guru di sekolah, didikan pensyarah dan ustaz ustazah yang banyak bimbing kami di luar rumah..

Disebabkan ibu bapa aku yang selalu sangat ‘d3ra’ kami, hubungan kami dengan ibu bapa jadi tak rapat. Dah la fizikal selalu tercalar kerana dihukum gara-gara kesalahan yang kecil, kemudian kami juga sering dimaluukan di hadapan jiran-jiran dan saudara mara yang lain.

Mental kami koyak teruk. Aku pernah dapat nombor tercorot di sekolah, bukan sebab aku malas tapi aku lambat pick up. Terus balik rumah, buku latihan sekolah aku semua dikoyak, dan macam biasalah.. fizikal aku akan menerima libasan tali pinggang.

Muka aku dilemparkan dengan buku-buku dan aku diherdik dicaci maki. Menangis teruk aku masa tu, nasib baik cikgu sekolah faham situasi aku. Lalu dia tolong belikan buku baru untuk aku.

Kadang-kadang aku malu dengan kawan. Kawan-kawan selalu tegur “kenapa muka awak luuka?” “Kenapa tangan awak lebam?” “Kenapa kaki awak ada parut?”. Mereka tak tahu derita kami. Aku terpaksa menipu “terjatuh longkang dan sebagainya”…

Kawan-kawan aku pun selalu cerita mak ayah diorang manjakan diorang, bawa jalan-jalan, pluk diorang, cakap yang baik-baik.. Tapi aku? Aku selalu menangis sebab aku rasa aku tak dilayan seperti anak kandung. Aku selalu cemburu lihat mak ayah kawan-kawan aku pluk diorang, ucap tahniah bila berjaya.

Istilah ‘bdoh’ tu dah lali untuk aku. Kadang kala aku terdetik dalam hati “Mak bapak nak anak pandai, bila dapat nombor terkebelakang, pandai pula marah, Tapi selalu cakap anak bdoh dan lembap. Sedangkan lidah mereka tu doa.”

Bila semakin besar, aku selalu belajar rajin-rajin sebab aku nak buktikan bahawa aku pandai. Adik beradik aku yang lain pun sama. Kami berusaha bersungguh-sungguh selama ni bukan sebab nak buktikan kepada orang luar, tapi kami cuma dah serik dicaci maki dengan ibu bapa sendiri.

Bila aku dapat tempat pertama dalam kelas, aku dambakan pluukan atau ucapan tahniah dari ibu bapa aku. Tapi lain yang aku dapat, cuma kata-kata sinis sahaja dari ibu bapa aku. ‘Dapat nombor satu pun tak guna, markah pun tak dapat 100% semua’. Kadang aku penat nak puaskan hati ibu bapa aku.

Dah masuk universiti pun sama, bila aku dekan, aku mengharapkan ucapan tahniah dari ibu bapa. Tapi tiada. Malah yang mereka tahu ialah herdik aku bila aku tak dekan. Ingatkan kami dah besar sikit tak lagi merasa rotan tu semua, tapi nampaknya itulah mainan kami dari kecil sampai sekarang.

Impak ‘d3raan’ dari kecil sampailah ke besar tu sangatlah BESAR untuk kami. Mental kami koyak rabak, fizikal kami tak sesempurna orang lain, penuh parut kesan luuka akibat d3raan orang tua kami. Kami hilang zaman kanak-kanak kami.

Kami semua membesar jadi pendiam. Kami tak dapat merasa kebebasan explore dunia luar, kami tak bebas bertanya kepada ibu bapa, sebab kalau tanya soalan simple pun kena maki. Akibatnya, kami sangat renggang dengan ibu bapa kami.

Kami tak pernah share masalah dengan ibu bapa, tapi kami adik beradik hanya story sesama sendiri je (hikmah dia ukhuwah kami adik beradik jadi sangat rapat). Nak mengadu masalah kepada ibu bapa tu jauh sekali. Kalau balik rumah pun, kami krik krik.

Nak c1um tangan ibu bapa pun rasa kekok, berpluk tu memang tak pernah. Rasa sangat tidak harmoni, rasa seperti berada di dunia yang asing. Orang selalu cakap, rumahku syurgaku. Tapi hakikatnya, rumahku adalah nerakaku.

Aku dapat rasakan gap yang wujud antara kami adik beradik dengan ibu bapa kami. Abang aku sampai sekarang masih bencikan ayah. Kakak pun sama. Aku? sama juga. Kadang2 aku rasa benci dengan ibu bapa aku. Susah untuk kami lupa kisah hitam kami.

Tapi aku sedar, ibu bapa adalah permata berharga kami. Sekarang mereka dah tua, sikap mereka pun tak sebengis dulu lagi sebab sekarang mereka pula yang meminta2 tolong anak2.

Mujur kami adik beradik ni baik. Kami belum sampai tahap derhaka, memang tak berani nak melawan cakap ibu bapa. Kami tetap balik bila ibu ayah mengadu skit. Cuma, kami balik dengan takde perasaan.

Tengok muka ibu ayah yang tua itu pun rasa takde belas ihsan. Rasa tawar. Tak tahu nak ekspresikan perasaan kami macam mana, sebab kami hanya sekadar laksanakan kewajipan anak sahaja sekarang.

Dan untuk pengetahuan semua umur mak ayah kami da sampai 57 tahun.. Sudah kategori warga emas.. Disebabkan mak dan ayah selalu skit, kami adik beradik jarang balik dan hanya waktu tertentu sahaja akan pulang. Abang aku yg sulung baru ni bagi 1 idea lepas kami duduk berbincang.

Abang nak hantar mak ayah pergi pusat jagaan orang tua, kalau nak tahu keputusan adik beradik setuju ke tak nnt aku update lagi. Siapa yg teringin mengikuti kisah duka lara kami ni boleh tinggalkan komen yang memberangsangkan kt aku supaya mental aku tak koyak lagi. Sekian..

Sumber : dunia kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*