‘Aku kini keseorangan di gelanggang…’ – Lin Dan tuju lagu buat Lee Chong Wei

KUALA LUMPUR – Pemenang pingat emas Olimpik Beijing dan London, Lin Dan meluahkan rasa sedih terhadap pengumuman persaraan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dalam sukan itu hari ini. Memetik laporan portal Free Malaysia Today (FMT), Lin Dan menzahirkan luahan itu menerusi akaun media sosial China, Weibo. “Memasuki gelanggang berseorangan, tiada siapa lagi menemaniku,” lapor portal itu hari ini.

Tambah laporan itu, Lin Dan turut mendedikasikan lagu berjudul ‘Friend, Dont Cry’ yang dinyanyikan penyanyi David Lui dalam bahasa Mandarin kepada pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu.

Terdahulu, Chong Wei mengumumkan persaraannya pada usia 37 tahun, selepas mencurah bakti dalam sukan badminton selama 19 tahun.

Dalam keadaan sebak, bekas pemain nombor satu dunia berkata, keputusan tersebut dibuat atas nasihat doktor berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya.

Lee Chong Wei umum persaraan

Sebak, Itulah reaksi jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei apabila mengumumkan persaraannya dalam sukan tersebut pada Khamis.

Keputusan untuk bersara itu diambil selepas mengambil kira nasihat doktor susulan pemeriksaan perubatan terbaharu terhadap penykit knser hidungnya di Taiwan baru-baru ini.

“Terima kasih kepada semua jurulatih saya selama ini terutama Datuk Misbun Sidek dan semua yang telah membantunya selama ini,” jelasnya dalam nada sebak.

Pada masa sama, Chong Wei berkata dia sudah membincangkan keputusannya itu dengan isterinya, Datin Wong Mew Choo.

“Dia menasihatkan saya berehat. Saya berehat dan turut berbincang dengan (Mnteri Belia dan Sukan) Syed Saddiq.

“Saya berkata, selepas Hari Raya, saya akan bersara. Kesihatan saya lebih penting,” katanya.

Chong Wei bersara selepas 19 tahun berbakti kepada arena sukan badminton negara dan merupakan legenda, ikon dan idola kepada rakyat Malaysia.

Antara pencapaian besar atlet kelahiran Pulau Pinang itu adalah pingat perak pada temasya Sukan Olimpik Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016.

Spekulasi semakin hangat apabila Chong Wei dikatakan sudah sebulan tidak menjalani latihan sejak mengambil cuti pada hujung April lalu bagi menjalani pemeriksaan susulan di Taiwan bagi mencegah knser hidung.

Sumber : utusan via kulihatlangitbiru

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*