“Aku janda anak 6, walaupun aku janda tapi hati aku senang” – Amelina

Baru-baru ini, penyanyi Amelina ada memuat naik sekeping di laman media sosial Instagram miliknya.Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin telah berkongsi gambar ketika dia menyambut pagi syawal bersama anak-anaknya. Dalam pada itu, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Asyik itu meluahkan rasa syukur kerana memiliki anak-anak yang sangat memahami ibunya.

“Janda aku janda Aku janda anak 6 Walau aku janda tapi hati aku senang”

“Sambuutan hari raya setiap tahun Kaklong menyambutnya dgn sederhana. Kaklong berbangga & rasa sgt beruntung kerana mempunyai anak2 yg mmg cukup memahami ibunya.

“Mereka tidak banyak kerenah malah selalu berkata supaya kami bersederhana bila hari raya. cukup seadanya.

“Begitu juga Kaklong beruntung kpd Allah SWT kerana mempunyai ibu & adik2 yg selalu berada di samping Kaklong memberikan semangat & sokongan dlm membesarkan anak2.

“Inilah keluarga besar Kaklong.. SELAMAT HARI RAYA…MAAF ZAHIR BATIN..”tulisnya.

Di samping itu, peminat memberikan kata-kata semangat dan dorongan kepada penyanyi yang berusia 44 tahun.

Semoga Amelina terus cekal dan tabah dalam menghadapi dugaan kehidupan.

Terdahulu, Amelina diijabkaulkan bersama usahawan Reduan Mahamood pada 20 Mei 1999 namun telah berpisah pada tahun 2014.

Ratu dangdut Amelina menceritakan pengalamannya menggalas tugas sebagai seorang ibu tunggal.

Amelina atau nama sebenarnya, Norazlina Amir Sharipuddin, 44, berkongsi kisah tersebut di sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Biarpun sibuk dengan tugasnya sebagai penyanyi dan penghibur, Amelina tetap menjalankan kewajipannya sebagai seorang ibu.

Membesarkan anak bersendirian selepas berpisah dengan suami, Amelina tetap tidak lupa untuk membawa anak-anaknya keluar bersiar-siar.

“Seorang diri membesarkan 6 orang anak, Kaklong ibarat peniaga sederhana.

“Basuh baju melambak setiap hari macam kat kedai dobi, setiap kali masak mesti periuk besar macam nak berniaga sarapan pagi tepi jalan.

“Kalau mengemas rumah, Kaklong dah macam tentera membersihkan tongkang pecah!

“Tapi nasib baik Kaklong ada vokal melaung, jerit sekali semua datang tolong…

“Sekarang Kaklong dah settle semua kerja di rumah. So rasanya kat mana tempat menarik nak bawak anak-anak Kaklong merayap jalan-jalan petang Ahad ni ek?! Korang ada idea tak?!” tulis Amelina.

Rata-rata peminat memuji kehebatan Amelina memikul tugas sebagai ibu tunggal kepada enam orang anak.

Ada netizen menyifatkan Amelina sebagai ‘superwoman’ dan mendoakan agar penyanyi ini selalu diberikan kekuatan untuk mencari rezeki demi anak-anak.

Apa kata netizen

Juwita Bachok, Bia jadi janda hati senang pegi mana buat ape x de yg larang janji pandai jaga diri dan maruah terpelihara,cari duit besarkn ank2, ank2 harta kita dunia akhirat x de siapa yg bakal tolong kita di akhirat melainkn ank2 solih dan solihah

Muhaini Utoh, Hebat..bukan mudah nk besarkn anak2..tanpa suami..Moga awak murah rezeki..dan dpermudahkn segala urusan.

Aman Man, Janda anak 6 cari duda anak 5 jadi kan pasukan bola sepak janda dan duda malaysia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Yaa. Terima Kasih!!

Sumber: MH & gempak via menujukebenaran

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*