Aku disahkan hamil tapi blm kahwin. Utk tutup aib sblm terlmbt, inilah perjanjian aku dgn bkl keluarga anak angkat

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum..Alhamdullilah sama2 kita mengerjakan ibadah puasa pd tahun ni.Semoga kita diberikan keampunan ats d0sa2 yg pernah kita lakukan sblm ni. Ketika menulis luahan ini bederai air mata teringat kan sejarah silam saya..Bermula sejarah hitam hidup sy ketika itu umur baru menjangkau dalam usia 20 an. Terikut dgn pengaruh rakan sebaya yg ingin kan kebebasan, inginkan pengaruh, inginkan kepuasan nfsu. Dan ketika itu sy kenal seorang lelaki a.k.a bf sy yg sanggup buat apa pun demi pertahankan sy.

Sy jarang pulang ke rumah. Banyak msa dihabiskan bersama si dia. Bila malam je mana port baik utk kami ‘melepaskan nfsu’ dekat situ lah tmpt kami bermalam. Sy bahagia kehidupan tak tentu arah camtu suatu ketika dulu.Sehingga lah satu pagi tu aku muntah dan loya teruk.

Ya,aku sah hamil. Tapi kami belum kahwin. Sudah 7 minggu. Perut belum memboyot. Tapi perubahan badan aku ketara nampak sgt sy sudah berbadan dua. Kawan2 syorkan sy ggurkan kndunugan tu. Tp bukan semudah itu, sy nekad utk lahirkan anak ini dibawah pusat perlindungan.

Time tu Bf belum sah sebagai suami juga serah diri di pusat perlindungan. Kami da lama terpesong. Dengan harapan menyerah diri di pusat perlindungan ini dpat membuat satu perubahan dan impak yg besar bg kehidupan kami.Tapi kami silap…… kami silap…. silap.. kami kehilangan seorang anak..

Dengan apa dugaan dan kesilapan yg sy lakukan..Maaflah sekiranya luahan sy menimbulkan rasa kurang senang pada pembaca.Biar la sy berterus terang.Sy seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata.Alhamdulillah sy dikurniakan seorang suami yg penyayang serta anak2 yg comel.

Di saat ini, pada bulan Ramadhan ini sy menanggung rindu yang amat sangat pada anak sulung sy yg lahir kerana kesilapan sy sendiri. Seperti yg sy ceritakan diatas. Beberapa tahun yg lepas, sy melahirkan anak sulung sy tanpa ikatan yg sah.

Selepas memikirkan baik buruk masa depan anak, sy redha untuk memberikan anak sy kepada keluarga angkat.Pelbagai dugaan dilalui ketika melalui saat itu.Dibuang keluarga, berseorangan mendaftar diri ke rumah perlindungan, dipandang sinis ketika melakukan pemeriksaan bulanan, dihadiahkan kata2 yang melu kakan hati ketika waktu melahirkan, berseorangan menghadapi saat anak diambil oleh keluarga angkat tanpa sesiapa disisi.

Tidak kurang juga jururawat memerli saya ketika melakukan check up bulanan. Tak kurang dr itu ada jururawat lelaki juga pernah nk “try” sy pd mulanya dgn menawarkan perkhidmatan utk hantar sy ke rumah. Tp pengalaman mengajar sy, sy tak bdoh seperti dulu lagi. Sy menolak dgn baik perlawaan itu.

Berbulan lamanya sy meratap hiba mengenangkan anak yg dikandungkan tidak sempat disusukan dan hanya dapat dijaga selama semalaman. Ya, hanya sempat 1 malam sy tengok wajah anak saya..Pilu sgt hingga menitis air mata time nk bg anak kpd keluarga angkat. Masih terngiang2 tangisan dia pd mlm tu..Allahuu…..

Tak lama selepas itu, sebaik keluar dari pusat perlindungan, sy disatukan dengan suami tanpa sebarang majlis dan kami memulakan hidup bersendirian.Sy diberi peluang untuk hamil sekali lagi tapi kandungan tidak bertahan.Perasaan untuk bertemu dan meluahkan rindu pada anak yg sulung tidak pernah hilang.

Masih perasaan yg sama sehingga terbawa ke dalam mimpi sy. Setiap kali merindui ank sulung sy akan bermimpi seperti dia dtng kepada sy. Dengan gaya sopan, berserban dan berjubah tgh mengaji. Allahu..sy rindu sgt anak saya ketika itu. Wajahnya hanya satu malam..hanya satu malam saja..

Selepas beberapa bulan keguguran, sy disahkan hamil dan Alhamdulillah sy menjadi seorang ibu untuk seorang anak yang sangat comel serta mudah dijaga.Tetapi di dalam hati sy masih merindukan anak sulung sy. Bukan tak bersyukur, tapi hati saya seakan masih belum tenang. Seperti ada benda yg terikat dgn bebanan di kepala.

Masih terasa pergerakannya ketika di dalam perut, saat dilahirkan, tangisan yang sayu, bauan yg melekakan hati sy. Tidak pernah putus doa dari sy untuk anak2.Sy mengharapkan mereka tidak mengulangi kesilapan yang sy lakukan.Jika masa boleh diulang,sy tidak inginkan semua ini terjadi.

Jika tidak terlampau menurutkan rasa dan nfsu, sy tidak akan mengalami saat yg menyedihkan itu.Bukanlah sy tidak mempunyai rasa sayang untuk anak yang ada didepan mata cuma perasaan rindu sy selama bertahun untuk anak sulung tidak dapat ditahan lagi.

Mungkin ada yang terlintas, dimana keluarga angkat anak sy.Hanya memori yg kekal dalam ingatan.Untuk mencari tidak termampu.Cuma doa yg tidak pernah putus sy kirimkan.Ada yang meluah kata, untuk apa dikenang anak yg dilahirkan begitu.

Sbb ada perjanjian antara keluarga angkat dan sy. Perjnjian yg sangat melu kakan sy. Hati sy time tu hanya sy turutkan tnpa membantah. Sy terasa hna sgt pd saat dan ketika ini ats perbuatan trkutk sy. Moga hati keluarga anak angkat sy terbaca luahan ini dan dpt memberi ms sy bersama anak kembali.

Selama 20 tahun selepas malam mereka ambil anak saya itu, saya tidak dibenarkan berjumpa dgn mereka sbb mereka tidak berada di Malaysia dan akan berpindah di Australia. Saya mengangguk setuju dan menerima sejumlah wang sebagai sagu hati dr mereka.

Lepaskan saja pada keluarga angkat.Namun hati ini tidak kuat untuk melupakan anak dengan semudahnya.Sy mengharapkan dapat bertemu bersua muka dgn anak serta keluarga.Tidak sekelumit pun dalam hati untuk mengambil kembali anak kerana sy yakin anak berada didalam jagaan keluarga yang sangat menyayanginya.

Cuma sy sering berdoa agar dilembutkan hati keluarga anak untuk membenarkan sy bertemu dengan anak sulung walaupun sekali. Keluarga angkat ank sya berasal dr keluarga yg agak berada. Pasa ngan ini berkahwin selama 8 tahun tp belum dikurniakan cahaya mata. Lalu mereka memutuskan untk mengambil anak saya sebagai anak angkat.

Ingin sy hadiahkan sepasang pakaian raya kerana anak sulung sy dilahirkan pada bulan Ramadhan.Ingin sy bisik ke telinganya betapa sy sangat menyayangi dan merinduinya serta meminta maaf kerana melahirkannya tidak seperti anak2 yang lain.

Ingin sy khabarkan sy tidak pernah lena tanpa memikirkan dirinya.Buat anak,maafkan ibu kerana tidak menjagamu sebaik dilahirkan, maafkan ibu kerana tidak memberi walau setitik air susu ibu, maafkan ibu kerana tidak hadir untuk sepanjang hari-hari mu membesar..

Maafkan ibu anak kerana tangan ini yang menyerahkan kamu kepada keluarga yang ibu yakin mampu menjaga serta menyayangimu seperti ibu mungkin lebih dari ibu..maafkan ibu anakku kerana ibu hanya menitipkan doa serta rindu dari kejauhan dan tidak mencarimu.

Sejauh mana pun anaku, setiap masa ibu akan iringi doa bersama mu setiap masa sehingga akhir hayat ibu. Kau besarlah bersama keluarga angkat mu semoga menjadi anak yang soleh dan taat kepada keluarga mu..

Percayalah ibu tidak pernah sesaat lupa padamu.Perasaan kasih dan sayang ibu tidak pernah hilang walaupun kita bertemu muka sementara cuma.Ibu sayang anak2 ibu..Maafkan ibu..

Kredit : Dunia Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*