Aku Belanja Pak Cik Ini Makan Nasi, Tak Sangka Benda Ini Pak Cik Ni Buat

Admin tertarik ingin berkongsi cerita dari fb rex silver, sebab kisah ini sangat memberi impak mendalam kepada pembaca. realiti apa yang terjadi masyarakat kini. Moga kita boleh ambik iktibar dari kisah ini. Secara fizikalnya pakcik ni pesaa kit mental.depan mata gua dia dimarah tuan kedai dan menghalaunya pergi.dia cuma ckp dia lapar.atas dasar insani gua suh dia mkn n gua bayar.

Dia cuma ambik nasi,sekor ikan panggang n kicap sebagai kuah beserta air kosong.di ketika sama ade pasaa ngan muda di sebelah meja beliau menghalau seekor kucing yg datang memohon simpati dengan menyepak kucing yg xbersalah itu.

Dengan tidak disangka pakcik td yg baru 2-3 suap memakan juadah beliau..segera mendapatkn kucing berkenaan dan memberikan ikan panggang di pinggannya kepada kucing berkenaan.beliau hanya menghabiskn nasi dan kuah di pinggannya sambil bercakap dgn kucing td seolah melahirkn rasa simpati.

Gua melihat sambil berfikir..siapakah yg lebih gila?kenapa yg zahirnya ‘gila’ hatinya lebih mulia dr manusia yg lahirnya normal..agak terkesima dgn adegan spontan td..pakcik yg syurga menunggu dihujung hayatnya lebih berbudi dr golongan manusia yg belum tentu hala tujunya..thanks pakcik,i’ve learn something today..

Istimewanya bersedekah dengan cara memberi haiwan makan ialah ia mengajar kita mengenai ikhlas. Ikhlas untuk memberi tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Sebab apa, haiwan tidak berkata-kata seperti manusia. Kebiasaanya selepas makan, haiwan akan pergi begitu sahaja kan. Tiada seketul emas yang diberikan sebagai tanda terima kasih malah ucapan terima kasih juga tiada.

Tetapi, tiap kali kita bagi makan, samada kepada kucing peliharaan atau bukan, kita berasa senang sahaja. Lagi mengharapkan mereka makan kenyang-kenyang dan membesar dengan sihat kan.

Begitulah memberi makan kepada haiwan mengajar erti ikhlas memberi dan bersedekah kerana haiwan memang tidak akan mampu mengucapkan terima kasih, apatah lagi membalasnya. Hanya Allah sahaja yang akan mebalasnya. Ukurannya adalah keikhlasan semasa kita memberi. Sesungguhnya, Dia menjanjikan ganjaran yang besar buat mereka yang memberi dengan ikhlas dan kerana-Nya.

Baca kisah ini, sedikit kisah yang di kongsikan Kedai kucing si comey tentang seorang lelaki memberi makanan kepada kucing jalanan, tetapi pada hari itu juga Allah bayar cash. subanaAllah. Jom kita ikuti kisah beliau.

Saya memberi makan kepada 2 anak kucing yang kelaparan. Apa yang berlaku 2 jam selepas itu memang pelik…

3.45pm : Aku berhentikan kereta. Ternampak 2 ekor anak kucing lapar. Aku keluarkan makanan kucing dari bag, terus bagi mereka makan. Tak sampai hati.. Jika RASULALLAH nampak, baginda mesti sedih.. sebab baginda sayang pada kucing… Niat sebab Rasulallah.

6.00 pm : Aku beli kuih. Makcik jual kuih bagi free kuih plak. Aku tak kenal pon makcik tu. Bayar seringgit tapi dapat banyak.

6.30pm : Aku order nasi goreng kampung special campur udang dan sotong. Lama tunggu sebab ramai orang. Masa nak bayar, cashier cakap FREE. Aku blurr… apasal free? Cashier cakap nasi ni tak perlu bayar… Aku terangkat kening sebab hairan, orang lain kena bayar, apasal free? Aku tak kenal pon tokey restoran ini.

Mungkin ramai ingat aku reka cerita sebab lapar Likes. Aku tak paksa korang percaya.

Lepas aku kira semula, sebenarnya makanan kucing tadi tak guna duit aku pon, sebab ada SESUATU dah GANTI dengan kuih free dan nasi pon free. Duit aku tak terjejas. Agak pelik, dan agak seram juga. Apa pendapat korang?

Lepas dapat nasi free, aku terus tangkap 1 keping gambar nasi dgn makanan kucing yang aku beli untuk budak-budak Meow tadi.

Sumber : Fb Rex Silver

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*