Akhirnya polis dedah punca sebenar kemaatian Nora Anne Quoirin

Bdah siasat ke atas ke Nora Anne Quoirin menunjukkan bahawa dia mnggal dunia akibat kebocoran usus mungkin kerana ketiadaan makanan dalam tempoh panjang dan stres berpanjangan. Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop pada Khamis berkata, tiada tanda-tanda pencvlikan dan bukti remaja itu dirg0l. Mohamad juga memberitahu, remaja itu juga telah mnggal dunia kira-kira tiga hingga empat hari sebelum myatnya ditemui.

“Hasil bdah siasat dijalankan mendapati remaja itu mti akibat kebocoran usus mungkin akibat stres berpanjangan dan tidak ada makanan dalam tempoh yang panjang,” katanya pada sidang media di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di Seremban, Khamis.

Proses bdah siasat myat Nora Anne bermula 11.45 pagi semalam dan berlarutan sehingga malam tadi, diketuai pakar patologi dari Hspital Kuala Lumpur dan Hspital Tuanku Ja’afar, Seremban, dibantu pakar dari Jabatan Kimia, dan Jabatan Forensik Petaling Jaya.

Nora Anne dilapor hilang pada 4 Ogos, sehari selepas tiba bersama keluarganya untuk percutian dua minggu di resort The Dusun di Pantai, Negeri Sembilan.

Sesulan itu pihak berkuasa Malaysia melancarkan operasi mencari dan penyelamat (SAR) yang secara keseluruhannya melibatkan 353 anggota daripada PDRM, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), pasukan elit PDRM Komando VAT69, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan serta sukarelawan.

Selepas 10 pencarian dilakukan, myat gadis itu ditemukan di kawasan lurah, 2.5 kilometer dari resort penginapan keluarganya oleh pasukan sukarelawan yang menyertai operasi SAR, pada 1.57 tengah hari Selasa.

Nora Anne tiba di resort bersama ibu bapanya, Sebastian Marie Philipe dan Meabh Jaseprine Quoirin serta dua orang adiknya, Innes Julia serta Maurice Arthure.

Sementara itu, Pengumuman pihak berkuasa mengenai penemuan maayat remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin yang hilang sejak 4 Ogos lalu ternyata mengejutkan semua pihak.

Kurang 24 jam selepas pengumuman yang dilakukan pada Selasa malam, nama remaja berkenaan turut menjadi trending di laman Twitter.

Ia susulan posting orang ramai yang tidak henti-henti menzahirkan kesedihan mereka menerusi media sosial.

Carian menerusi tanda pagar #NoraQuoirin turut menyaksikan banyak tweet dari dalam dan luar Malaysia dihantar sejak Selasa malam.

Selain ucapan kesedihan, mereka turut berkongsi pautan-pautan berita yg melaporkan k3s melibatkan remaja berkenaan.

“Hilang kata-kata. Cukup sedih. Doa dan ingatan bersama keluarga #NoraQuoirin pada waktu ini.

“Berita yang menyedihkan. Bersemadi dengan tenang Nora. Saya tak boleh bayangkan kesedihan ibunya. Takziah untuk keluarga #NoraQuoirin.

“R3st in P3ace #NoraQuoirin. Tak boleh bayangkan derita ibu bapanya. Percutian keluarga bertukar menjadi pengalaman pahit,” tulis beberapa netizen.

Pada Selasa malam, keluarga mgsa dibawa ke Hspital Tuanku Ja’afar di Seremban bagi membuat pengecaman myat, dan mereka mengesahkan ia adalah Nora Anne yang hilang dari sebuah resort pada 4 Ogos lalu, kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop.

Terdahulu, sekumpulan pendaki menemui maayat yang tidak berpakaian di anak sungai kira-kira 2.5 kilometer dari sebuah resort tempat penginapan Nora Anne, pada pkul 1.57 petang Selasa. Myat ditemui dekat Gunung Berembun di Pantai Hills.

Nora Anne, 15, mendaftar masuk di sebuah resort bersama ibu bapanya, Sebastian Marie Philipe dan Meabh Jaseprine Quoirin, serta adik-beradiknya, Innes Julia dan Maurice Arthure, 3 Ogos lalu.

Bagaimanapun, Nora tidak berada di bilik yang dihuni bersama adik-adik beradiknya, pada keesokan hari.

Dalam pada itu, laporan bdah siasat ke atas Nora Anne dijangka mengambil masa untuk dilengkapkan.

Terdahulu pada Rabu, keluarga Nora Anne dilihat tiba ke Jabatan Perubatan Forensik Hspital Tuanku Jaafar (HTJ) pada pkul 9.20 pagi.

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*