Akhirnya Janna Nick jelaskan kenapa pakai pakaian ketat ketika beri ceramah motivasi

Pelakon Janna Nick menerima teguran segeelintir netizen yang kurang senang dengan gaya pemakaiannya ketika memberi ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar kolej baru-baru ini. Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 24, memohon maaf atas kesiIapannya yang tidak peka dalam memilih pakaian mengikut keadaan ketika itu. “Saya mengaku memang siIap saya yang tidak peka dalam pemiIihan pakaian ketika itu. Ini kali pertama saya dijemput untuk memberi ceramah motivasi dan mungkin disebabkan itu saya tidak pasti mengenai cara pem4kaian yang betul.

“Insya-Allah saya akan perbaiki kalau selepas ini dipanggil lagi untuk memberi ceramah dan memakai baju mengikut kesesuaian acara. Saya ambil perkara ini secara positif saja,” kata Janna kepada mStar.

Janna ditemui ketika sidang media teater Malayu – ‘Pawana Isabella’ di Bilik Nilam Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Khamis. Selain Janna, teater arahan pengarah Erma Fatima bersama Naque Ariffin itu turut dibintangi oleh Syafiq Kyle, Johan Raja Lawak, Datuk Afdlin Shauki dan Azar Azmi akan mula ditayangkan bermula pada 21 Ogos ini di Istana Budaya.

Sebelum ini, Janna berkongsi sedutan video dirinya memberikan ceramah motivasi dan pengalamannya yang bekerja seawal umur 14 tahun di hadapan pelajar-pelajar pada Ahad lalu.

Walaupun rata-rata netizen memuji perkongsian Janna itu bermanfaat dan cukup membakar semangat namun ada segeelintir mereka yang lebih fokus mengkritik penampiIannya.

Dalam pada itu, pelakon drama Bukan Cinta Aku ini memberitahu dia tidak pernah menyaIahkan netizen yang menegur untuk menyedarkan kesiIapannya. Menurut Janna lagi, dia sedar seharusnya berpakaian lebih sopan untuk menyampaikan sesuatu ilmu terutama di hadapan umum.

“Saya tak menyaIahkan netizen sebab bagi saya, kalau mereka tak tegur, saya sendiri tak tahu kesiIapan saya itu. Jadi, saya terima sahaja teguran mereka dengan baik dan positif.

“Saya faham nak sampaikan sesuatu ilmu pengetahuan itu kita kena la berpakaian sopan untuk berhadapan dengan umum. Walaupun sebenarnya program itu bukan dilakukan di universiti atau kolej tapi ia adalah anjuran sebuah majalah gaya hidup. Tapi segala kesilapan kecil itu saya akan cuba elakkan selepas ini,” ujarnya.

Sebelum itu, Janna Nick Dipanggil Beri Ceramah Motivasi, Namun Ada Yang Kurang Senang Dengannya

Instagram milik selebriti terkenal, Janna Nick yang berusia 24 tahun ini menjadi perhatian ramai apabila dia berkongsikan dua video kepada followers.

Namun, bukan video lucu tapi dia berkongsikan kisah sebelum kejayaannya bermula apabila dia kini sudah bergelar seorang yang berjaya di usia yang muda.

Bukan sekadar menjadi pelakon berbakat disukai ramai namun dia juga merupakan seorang usahawan malah pelbagai perkara lain juga telah diceburinya membuatkan dia menjadi salah seorang selebriti kesukaan ramai.

Permulaan seseorang pastinya ada yang bermula dengan susah dahulu, senang kemudian dan ada juga yang sebaliknya. Namun, yang merasa hanyalah diri sendiri.

Bagaimanapun, segala nasihat dan kisah yang diceritakan itu menerima pelbagai respon positif dan juga ada yang tidak berpuashati. Malah, ianya juga mendapat ribuan tontonan daripada netizen.

Janna yang berkongsikan kisah sebelum kejayaannya dalam segmen talk: success at young age membuatkan ramai suka dengan perkongsiannya itu namun ada juga yang kurang senang.

Ada juga komen kurang senang ditinggalkan buat selebriti muda ini. Mnggalkan kata ‘pedas’ di ruangan komen menerusi salah satu posting di Instagram membuatkan beberapa peminatnya menyerang individu terbabit.

Dilabel sebagai ‘busuk hati’, bagi netizen tidak kira apapun bidang diceburi janji dia seorang yang berjaya. Malah, kata netizen juga tidak perlu busuk hati kerana melihat kejayaan orang lain dan menasihati agar berusaha untuk berjaya seperti Janna Nick.

Salah satu sifat terkeji ialah perasaan iri hati dan dengki. Dengki ertinya perasaan tidak senang terhadap orang yang mendapat nikmat dan sebaliknya merasa senang melihat orang kehilangan nikmat itu.

Orang yang mengharapkan hilangnya nikmat pada orang lain, adalah orang yang terkena penyaakit yang baahaya yang dikhuatirkan akan menimpa masyarakat sehingga masyarakat tidak mampu bekerja dengan baik dan tenang.

Sumber:mstar, Janna Nick, rimbabara, hcl

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*