“Ainul sangat cantik seperti dilahirkan semula”, Bapa Ainul kongsikan gambar terkini Ainul selepas pembdahan

SubhanaAllah, seluruh rakyat malaysia mengucapkan syukur apabila pembdahan adik ainul di London bersama team doktor Amalina berjaya, dan adik Ainul telah kembali sempurna seperti dulu. Ayah Ainul Ahmad Safiuddin menyatakan rasa syukurnya di ruangan fcebook miliknya menyatakan anaknya selamat team pakat di London berjaya mengeluarkan semua ketumbuhan Ainul dan masih di jaga rapi untuk monitoring, Dia juga berkongsi gambar terbaru anaknya selepas pembdahan membuatkan ramai sebak dan gembira.

” Ainul seperti di lahirkan semula ”

Kakak, hari ni bergema lagi nama kakak

Hari ni ramai yang ucapkan syukur kepada Allah setelah Allah berikan pertolonganNya kepada kakak dan Allah telah memakbulkan doa kami semua.

Sayang, cepat sihat ye!

Jarang saya update lagi lambat dari orang lain. Tapi semalam sebab saya tak mampu nak berkata apa-apa selepas melihat ainul habis dari pembdahan.

Perasaan yang pernah kami dapat waktu ainul lepas habis operation ketika usia ainul 10 hari.

Terharu dan sangat gembira. Tak terkata apa apa sebab tak boleh nak gambarkan perasaan sejak semalam.

Alhamdulillah, ainul telah selamat dari pembdahan. Team Pakar yang merawat ainul semalam telah berjaya mengeluarkan semua ketumbuhan ainul.

Sekarang ainul masih dijaga dengan rapi untuk monitoring.

Kita teruskan berdoa untuk ainul yaa

Untuk makluman, ainul belum sedar lagi. Mereka bagi ainul ” tidur ” dulu sebab kalau ainul bangun, mungkin dia akan rasa s4kit selepas pembdahan.

Jadi biar ainul rehat ye, Maaf semua lambat update!

Ini adalah perkongsian dari ayah ainul tentang khabar gembira menyatakan ainul telah selamat, dan sedang berehat. Sama sama kita doakan agar adik ainul cepat sembuh.

Sebelum itu, mstar melaporkan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, bayi berusia sembilan bulan menghidap ketumbuhan knser Germ Cell Tum0r yang kini dirawat di sebuah hspital kanak-kanak di London, United Kingdom selamat menjalani pembdahan.

Menerusi status di akaun Instagram ibu Ainul iaitu Nurul Erwani Zaidi, wanita itu mengucapkan kesyukuran kerana pembdahan anaknya berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah semua dipermudahkan. Ainul stabil, cepat-cepat sihat yaa Ainul. Nanti kita boleh balik Malaysia jumpa kawan-kawan Ainul,” katanya menerusi perkongsian pada awal pagi Selasa.

Nurul Erwani turut berterima kasih kepada semua doktor dari pelbagai bidang yang bekerjasama untuk memastikan urusan membabitkan anaknya berjaya.

“Syukur, perancangan Allah paling indah sekali. Teruskan selit doa untuk Ainul di setiap solat kita. Ainul perluukan semangat kita untuk dia terus kuat. Terima kasih semua,” tambah Nurul Erwani.

Sementara itu, Dr Amalina Che Bakri yang tampil untuk membantu merawat Ainul memberitahu, ketumbuhan seberat 200 gram dalam mulut Ainul berjaya dikeluarkan selepas pembdahan yang mengambil masa lima jam.

Menurutnya, memandangkan ia merupakan pembdahan berisiko tinggi, banyak persiapan yang diperluukan untuk dilakukan sebelum pembdahan bagi memastikan bayi berkenaan selamat.

“Banyak perancangan, banyak imbasan, banyak perbincangan dan banyak kesabaran,” katanya sambil menambah bahawa pasukan perubatan itu diketuai oleh Profesor David Dunway dan Dr Julian Ong.

Dr Amalina turut berbesar hati kerana menjadi sebahagian daripada pasukan pembdahan.

Tambahnya, Ainul kini dipantau selepas pembdahan dan dia dalam keadaan stabil.

“Saya tidak dapat mengawal emosi sebaik keluar dari bilik pembdahan dan melihat ibu bapa Ainul. Perasaan saya bercampur-baur, satu perjalanan yang cukup emosi dan menggembirakan pada masa sama.

“Doakan untuk Ainul sembuh. Terima kasih di atas doa anda,” katanya yang menganggap Ainul seperti keluarganya sendiri.

Antara komen netizen

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi. Semoga cepat sembuh sayang. You’re strong girl little tiny. All malaysian prays alot for you. Have a good rest and cepat2 balik ke Malaysia. And not to forget to all surgeons team. You guys the real superheroes. They earn our respects

cepat sihat anak syurga. In sha allah kalau lahir anak uncle nanti, uncle nak namakan sempena nama ainul mardhiah (bidadari Syurga) kalau diizinkanNya. supaya kuat macam ainul mardhiah dalam ujian

Alhamdulillah..Syukur Yaa Allah..engkau telah permudahkan urusan anak syurga ini..smoga adik membesar dgn sihat yer syg..abg sntiasa doakan adik n abg nk adik terus banggakn rakyat Malaysia..kami semua sygkan adik.

terima kasih yaa allah,engkau telah permudahkan segala urusan anak kecil ini.. semoga engkau terus beri kekuatan untuk ainul kembali sihat seperti anak2 yg lain… amin..

Alhamdulillah… moga Allah SWT berikan kesembuhan segera pada baby Ainul… moga Allah SWT berikan ketabahan buat walid & mama baby Ainul… aamiin

Alhamdulillah. Kami panjatkan kesyukuran kehadratmu Yaa Allah. Terima kasih Dr Amalina dan team yang bertungkus lumus dalam menjayakan pembdahan yang cukup berisiko ini..

Allahuakbar…Alhamdulillah. Indahnya anugerahMu utk Ainul syg. Berbahagialah kedua walid dan mama Ainul syg.

Im crying seen this pic !!!! Alhmdulillah, husbnd pon ckp syukur sgt2 allah prmudahkn urusn adik ainul mardiah. Ank sy sebaye dgn adik ainul . Always ckp dgn ank sy doakn ainul jgk yer

Sumber : Fb Ahmad Safiuddin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*