Ainul Mardhiah lepasi risiko dlm penerbangan, selamat tiba di London

AINUL Mardhiah, bayi yang menghidap k4nser ‘Germ Cell Tumor’ selamat tiba di London.Perkara itu disahkan bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dalam satu posting di Facebooknya petang Sabtu. “Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur kepada Allah, kami selamat tiba di London,” tulisnya.Pada masa sama, Ahmad Safiuddin turut menarik nafas lega apabila Ainul berada dalam keadaan baik sepanjang penerbangan ke London.

“Ainul telah berjaya melepasi risiko di atas flight dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Doktor dapat menjaganya dengan baik. You’re a fighter, sikit lagi kakak!,” tulisnya.

Namun Ahmad Safiuddin tidak mendedahkan nama hspital dan tarikh Ainul akan menjalani pemeriksaan dan juga rawatan.

Dilaporkan perjalanan Ainul bersama bapa dan ibunya, Nurul Erwani Zaidi, 24, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) malam Jumaat turut diiringi dua pakar bius dari hspital swasta di negara ini.

Dr Dzulkefly turut berpeluang melawat Ainul semasa berada di London. Foto Facebook KKM

Sementara itu, Mnteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang berada di London turut berkesempatan melawat Ainul di salah sebuah hspital di sana.

“Alhamdulillah saya berkesempatan melawat adik Ainul Mardhiah di salah sebuah hspital di London pagi ini (Sabtu) ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Heathrow untuk pulang ke Malaysia.

“Dia tiba awal pagi tadi (Sabtu) bersama ayah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, dan ibunya Nurul Erwani Zaidi, 24, bagi mendapatkan rawatan di sini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikongsi di Facebook Kemnterian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dr Dzulkefly turut meminta orang ramai supaya mendoakan agar pembdahan bayi berusia lapan bulan itu berjalan dengan lancar.

“Saya difahamkan bahawa adik Ainul Mardhiah, yang berusia lapan bulan, menghidap k4nser Germ Cell Tumor sejak dilahirkan. InsyaAllah, sama-sama kita doakan yang terbaik,” katanya.

Apa komen netizen :

Donna karen : Cpt sembuh syg… Smoga Allah swt prmudahkan urusanmu anak.. Kembalilah dlm keadaan sihat sejahtera In Shaa Allah.. Aamiin.

Fikri Hissan : Semoga Allah mudahkan segala urusan kamu bidadari syurga. Dan semoga Allah beri kekuatan pada ibubapanya. Allahumma ameen.

Saemah Abu : Alhamdulillah… Syukur, semoga dipermudahkan segala urusan….insyaallah aamiin

Sumber : mstar via cokelatputih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*