Adik ipar keluar bilik tnjuk isyarat diam, bw plastik hitam,berkerut dahi tgk aku takut aku kecohkn dkt suami

Foto sekadar hiasan.Saat aku tulis luahan ni, perut tengah kekenyangan baru lepas lunch. Alhamdulillah. Aku baru basuh pinggan, kemas meja makan dapur dan sebagainya. Ni tengah baring nak tidurkan anak bongsu aku. Suami aku dibilik sebelah tengah mengemas bilik tamu. Anak sulung, anak nombor 2 dan adik ipar aku tengah melepak tengok tv.

Aku dengan suami dah 15 tahun kahwin, ada anak 3 orang. Sulung lelaki, kak ngah dan bongsu tu perempuan. Aku dibesarkan dalam keluarga yang typical. Anak pompuan buat kerja rumah, anak lelaki lepak-lepak je lah. Termasuk ayah aku, memang tak reti kemas masak dan semua kerja pempuan.

Jadi bila aku ada anak lelaki, aku memang sungguh-sungguh nak ubah culture tu. Anak aku, aku ajar kemas bilik, iron baju sendiri, ajar masak, lipat kain, sidai kain.. Masa dia darjah 4 dia dah boleh masak nasi dan goreng telur kicap, ok lah kan. Benda basic. Akhirnya anak aku jadi seorang yang ringan tulang. Bila dia tengok aku busy, dia akan datang offer pertolongan. Bahagia rasa.

Kisahnya 3 bulan lepas adik ipar aku (lelaki) menumpang dekat rumah aku sebab intern. Dia tak dapat rumah sewa. So aku ok aje, rasa bertuah sebab PIL aku minta jagakan anak dia since aku takde adik. Jadi aku happy je.

Adik ipar aku ni, dah 24 dah. Actually bila aku balik rumah PIL, aku perasan dia ni manja sangat. Dia akan tidur lewat 3/4 pagi, main game, hp, memerap dalam bilik. Nanti dia bangun 12 tengahari, terus lunch aje. Lepas makan, dia cuma basuh pinggan dia, then lepak depan tv.

Bekas lauk yang dah habis, periuk nasi yang dah kosong, bukan reti nak basuh. Berbulu je mata anak nengok perangai dia. MIL aku pernah lah tegur, basuh lah periuk tu dik, dia buat dono je.

Pernah sekali dia bangun dah tengahari, orang lain belum lunch sebab tunggu PIL aku balik surau, dia terus senduk nasi makan, then ambik lauk banyak-banyak. MIL aku sound la, ambil banyak-banyak tak tinggal untuk orang ke dik? Dia boleh tinggi suara dengan MIL.

Haih kalau anak aku dah kena sepuk mulut tu. Geram! Aku kesian PIL. Aku tak suka orang tua kena buat kerja banyak. Sedangkan anak melepak. Tak kiralah anak lelaki ke pempuan. Bagi aku sama je.

So bila dia duduk rumah aku ni, aku ingatkan dia pandai lah bawa diri. Rumah orang kan.. Cait 2×5 je, malah lagi teruk. Bilik tamu yang suami aku tengah kemas tu, bilik dia duduk lah. Sejenis yang tak ada common sense. Orang tengah kemas bilik awak, awak tolong lah apa patut, ini tak, lepak je.

FYI kami baru lepas pindah. Masa nak pindah kan banyak kerja nak buat, nak packing macam-macam. Masa kami tengah mengemas, dia hanya duduk dalam bilik layan movie. Langsung seharian tak keluar tolong. Aku memang rasa nak mngmuk sangat, penat. Apa guna ada 2 tenaga lelaki dekat rumah, tapi tak berguna. Anak sulung aku dekat hostel, so tak dapat tolong.

Aku membebel dekat suami aku, minta lah tolong adik tu, suami aku sejenis tak reti nak mengarah-arah orang. Tapi aku suruh juga, sebab aku tak suka style adik dia ni. Sebenarnya suami aku dulu awal-awal kahwin pun tak reti nak tolong orang ni, tapi hasil didikan bini singa, lama-lama dia dah pandai ringan tulang.

So adik dia ni sama macam dia dulu. PIL aku sejenis ringan tulang, tolong MIL masak, kemas rumah dll..Tapi aku pun tak faham kenapa anak-anak diorang tak follow.

Now di rumah baru, pernah aku masuk bilik dia nak buka tingkap. MashaAllah bau kepam, bau bujang. Korang boleh imagine tak bau dia? Baju dia tak basuh. Bukan aku takmau basuh kan, letak je dalam bakul kain tu. Tapu sejenis apa pun tak tau la..baju kotor balik main bola, lempap sana sini dalam bilik.

Aku kutip basuhkan. Dah kering, aku c1um, bau lagi kepam tu. Yaa robbi.. Patutlah aku pernah selisih dengan dia masa pagi dia nak kerja, bau kepam. Padahal pagi kot. Rupanya baju tak basuh.

Minggu lepas, weekend, 10 am aku dan suami keluar beli barang. Pagi tu breakfast kitorang beli je, so belikan dia nasi lemak. So dia bangun nanti boleh makan. Petang tu 4 pm kitorg balik, dia belum bangun tidur lagi gais. Aku tak tau lah. Dia tak lapar ke. Nasi lemak atas meja tak berusik, basi. Suami aku campak dalam tong sampah. Lain kali dia taknak beli dah katanya.

Ha lagi satu. Ada satu petang tu, dia balik kerja, aku nampak dia bawa plastik dalam tu ayam goreng. Aku suspek dia baru balik dari pasar malam. Dia lalu tepi aku kat dapur ambik pinggan tunjuk isyarat suruh diam. Aku mti-mti ingatkan dia nak isi dalam pinggan half ke, then offer aku.

Tidak sesekali. Dia bawa pinggan masuk bilik, ngap sorang-sorang. Kejap lepas tu dia keluar bawa plastik dah kosong, buang depan aku. Serius pelik sunggguh. Aku bukan lah nak sangat ayam tu, sebab aku pun lepas makan. Tapi pelik, duduk rumah orang, beli makanan, makan sendiri-sendiri?

Kalau beliau makan, dia hanya akan basuh pinggan dia sahaja. Meja tak kemas. lauk, kicap, gelas biar je atas meja. Meja tak lap. Aku ni pulak sejenis perfectionist. Aku tak boleh tengok macam tu. Kalau kerusi tak masukkan balik bawah meja, mata aku rimas. Aku suruh suami aku tegur, lepas tu dia improve lah sikit. Yelah, aku bukan maid. Tak kuasa aku nak buat kerja extra. Kadang-kadang aku fikir, aku ni over ke? Tapi tulah, dah aku macam tu.

Kalau anak aku yang buat macam tu, setaman ni boleh dengar aku jerit suruh kemas. Aku bukan pilih bulu, anak aku lagi teruk kena mengemas.Ada banyak kali, aku malas masak. Aku ajak suami makan luar. Sure lah ajak dia, dah nama sekeluarga kan. Maka. restoran best lah juga. Ada chinese, ada western. Sepinggan 5. 40-50 ringgit juga. Aku belanja, aku memag tak kisah. Aku suka belanja dia makan, yelah adik kan.

Aku kan takde adik. Seronok tengok dia makan. Tapi satu ucapan thank you pun tak pernah dia ucap. Dekat abang dia tak, dekat aku lagi lah. Rasa macam, entah. Tak dihargainya. Gais, camtulah. Kehidupan ni kadang-kadang, bukanlah menuntut kita banyak duit, rupa hensem ke apa. Cukup lah kita ada adab. Dalam k3s aku ni, adab menumpang.

Duduk rumah orang, kau..

– Ringan lah tulang.

– Ucaplah terima kasih.

– Bergaul lah, jangan memerap je.

– Tolonglah mak bapak kat rumah.

Tu jelah aku nak bebel. Aku sikit lagi nak naik meluat bela RAJA MISKIN dalam rumah. Kau nak jadi raja boleh je, make sure kaya. Kau tak tolong takpe, kau provide semua benda. Dalam luahan ni ramai nak muda baca kan, ini pesanan untuk korang. Common sense wajib ada untuk hidup gembira.

Sumber Dunia Kini via edisimedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*