Adik Dedah Wasiat Faziani Sebelum ‘Pergi’, Ada Kaitan Dgn Sebiji Berlian Yang Perlu Diserahkan

Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad, 39, pernah berpesan agar empayar perniagaan yang dibinanya lebih 20 tahun itu diuruskan dengan baik. Pesanan itu dibuat beberapa bulan sebelum kemat1annya. Wasiat itu dikongsikan adik kelima Allahyarham, Mohd Faizul Rohban Ahmad, 34, kepada Sinar Harian di sini semalam. Menurut Mohd Faizul, Allahyarham mahukan suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim dan adik-beradiknya menguruskan perniagaan secara bersama sekiranya berlaku perkara tidak diingini kepadanya.

Dalam kenangan… Mohd Faizul (kiri) bersama Allahyarham (kanan) dan suaminya, Ahmad Shah Rizal ketika penggambaran produk di Indonesia.

Mohd Faizul berkata, dia juga perasan perubahan kakaknya itu sejak awal tahun lagi apabila ibu kepada lapan anak itu sering mengadu terlalu penat dan mahu berehat panjang selepas ini.

“ Kak Ni (Allahyarham Faziani) sendiri pesan kepada keluarga dan suami supaya kami dapat uruskan perniagaannya elok-elok nanti jika ada apa-apa yang berlaku kepadanya. Dia mahu berehat dan tidak mahu terlibat dengan perniagaan lagi.

“ Dia ada bagi tahu saya, isteri saya dan adik-beradik supaya ingat segala wasiatnya dan menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan memberi didikan terbaik,” katanya.

Mohd Faizul berkata, kakaknya juga berpesan jika dia sudah tiada lagi, sebiji berlian simpanan Allahyarham perlu diberikan kepada anaknya, Irdina Hakim Jasman, 16.

“ Saya tidak pernah tengok berlian itu, tapi dia minta berikan kepada Irdina dan dia mahu kesemua anaknya tidak berebut harta kerana kakak sudah sediakan sebuah rumah setiap seorang,” katanya.

Faziani mavt dalam kema langan jalan raya di Pattani, Thailand kira-kira jam 10.30 pagi kelmarin selepas Toyota Estima dipandu suaminya merempuh belakang lori dalam perjalanan untuk menyampaikan sumbangan zakat di Pondok Krong, Yala.

Sementara itu anak Allahyarham Faziani Rohban Ahmad, pengasas produk kecantikan Dnars Skincare yang dikenali sebagai Iqbar Hakim memohon orang ramai mendoakan arr wah ibunya ditempatkan bersama para solihin.

“ Assalamualaikum semua, saya ada berita kurang gembira. Saya baru saja selepas kehilangan bonda kesayangan saya, disebabkan kemaa langan.

“ Saya dalam perjalanan pulang ke kampung. Kepada semua, kalau boleh sedekahkan al-Fatihah kepada mommy saya semoga dia ditempatkan bersama kalangan orang yang beriman. Terima kasih,” katanya melalui video tersebut.

Dalam entri yang berlainan, Iqbar turut berkongsi perasaannya yang masih terkejut dengan berita tersebut, selain mewakili Allahyarham ibunya memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan yang dilakukan, termasuklah untuk menuntut sebarang hutang jika ada.

“ Ujian berat untuk saya, saya tak kuat, tapi saya perlu untuk adik saya tujuh orang,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Yaa. Terima Kasih.

Sumber: sinarharian via tv lejen

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*