“Abang, adik anak bongsu. Adiklah ganti mami, sebab adik pun garang,” – Hasrat Qaseh Anak Pengasas Dnars Menyentuh Hati Ramai

Pemergian usahawan kosmetik, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad, pada Sabtu minggu lalu ternyata memberi kesan mendalam kepada anak-anaknya.Paling dirasai sudah tentu anak bongsu Allahyarham iaitu Qaseh Khadijah yang baru berumur enam tahun, sehingga pelbagai soalan ditanya mengenai arrwah ibu tercinta.“Akhir-akhir ini banyak soalan dia tanya antaranya, “Abang, kenapa mami masuk syurga awal? Kenapa dia tak masuk sekali dengan kita?”. Jadi, saya perjelaskanlah kepada dia dari A ke Z.

“Yang kedua pula dia tanya “Abang siapa yang nak ganti mami?” Sebenarnya saya stuck kejap nak jawab, tapi saya cakap abang ada, kakak ada, semua ada,” ujar anak sulung wanita yang dijemput Ilahi pada usia 40 tahun itu iaitu Iqbar Hakim Jasman, menerusi perkongsian di laman sosial Instagram miliknya, genap seminggu pemergian bonda tercinta.

Walaupun masih kecil, tanpa disangka-sangka, adik bongsunya membalas jawapan dengan bersahaja tetapi tersirat dengan luahan isi hati yang menyentuh emosi.

“Lepas saya jawab, dia pun cakap “I am bongsu abang, adiklah ganti mami, sebab adik pun garang,” katanya sambil mencubit saya.

“Yaa Allah, abang akan cerita atau pun selalu mengingatkan adik tentang kemuliaan mami kita. Kita kena ikut itu ialah pedoman dan iktibar,” ujar Iqbar yang menjangkau usia 20 tahun.

Dalam pada itu, awal tahun ini, Allahyarham Faziani turut membicarakan tentang Qaseh di laman sosial sempena ulang tahun ke-6 kelahiran anak tunggal bersama suami, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42.

Beliau menceritakan saat kelahiran anak bongsunya yang diberi nama sempena Saiditina Khadijah, isteri baginda Rasullah SAW.

“Anugerah Allah lambang kasih mummy dan papa. Trimester pertama beralih ke trimester kedua menginjak ke trimester terakhir, saya masih lagi aktif tanpa sebarang alahan.

“Semakin membesar perut saya maka semakin sibuk saya mengurus tanggungjawab ke sana sini demi melebarkan lagi empayar Dnars. Jatuh bangun saya, perit jerih, susah senang saya… ‘sesusuk kecil’ ini sentiasa setia bersama saya setiap detik, setiap saat, setiap hari, setiap minggu, setiap bulan… sehingga malam sebelum kelahiran saya masih lagi bergelumang dengan urusan kerja.

“Tepat 9 pagi, 17 Januari 2013, lahirlah seorang puteri. Seluruh keluarga bersyukur dan gembira kerana kelahiran ini sangat ditunggu-tunggu. Luluh hati saya, seminggu dirasakan bertahun lamanya bila puteri kecil saya ditempatkan di dalam inkubator,” katanya.

Kesibukan Faziani sebagai seorang usahawan bersama suami memaksa anak bongsunya itu dijaga oleh pembantu rumah yang telah berkhidmat sejak bertahun-tahun.

Menurut Allahyarham, perasaan cemburu sebagai seorang ibu harus diketepikannya demi menggapai dan melebarkan rangkaian Dnars Skincare.

“Mesti ramai yang membuat tanggapan saya pentingkan diri tapi percayalah ini semua adalah untuk ‘harta’ dunia akhirat saya iaitu anak-anak.

“Tahun silih berganti Qaseh membesar seperti kanak-kanak lain. Dari hari pertama Qaseh dilahirkan, Qaseh tidak pernah menimbulkan sebarang masalah pada saya.

“Dia sangat berdikari, matang dari usia sebenar. Sikap periang, peramah dan manja membuatkan dia disayangi seluruh keluarga dan kenalan,” menurut perkongsian itu.

Pada 18 Mei lalu, Faziani maut dalam kemaalangan semasa dalam perjalanan untuk menyampaikan sumbangan ke rumah anak-anak tahfiz di Pattani, Thailand.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Yaa. Terima Kasih.

Sumber: mstar via menujukebenaran

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*