Abah sedang n4zak, Along sibuk beraya di Switzerland dan tuduh Abah manja dan s4kit yg di buat2. Pelik Abah mimpi arrwh mak cantik mlm td

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih atas komen positif di post lepas anak vs ibu. Terima kasih juga atas komen negatif. Aku baca setiap satu komen korang semua. Yang tidak memahami aku doakan korang tak perlu lalui semua ni. Sebab perit sangat. Yang salahkan mak abah aku hantar along belajar jauh-2 aku doakan jugak korang dapat anak soleh dan solehah. Ada sebab mak abah aku hantar jauh-2. Sebelum hantar pun dorang dah tanya along betul-2 nak duduk sana atau just tamatkan belajar setakat darjah 6. Along berkeras nak, zaman tu ramai rakan sebaya dia yang mak ayah hantar sekolah jauh-2. Jadi pilihan tetap pada dia.

Arrwah mak aku kadang-2 sebut mungkin salah mak hantar along jauh-2. Tapi aku rasa tu tak menjadi masalah sebenarnya. Attitude, environment dan ‘tulang belakang’ yang memainkam peranan dalam hal ni. Adik bongsu aku pun belajar jauh jugak. Jarang-2 kami tengok, tapi tak pernah lupa mak abah.

Sebenarnya, ada cerita di sebalik cerita. Aku baru cerita 5% pasal akak ipar aku kan. Lagi 95% aku simpan. Sebab kalau aku cerita pun makcik-2 bawang komen bukan-2 jugak dekat post ni nanti. Aku jugak kena maki balik. Yang nak tahu insyaAllah nnati aku cerita tapi bukan sekarang.

Sekarang aku nak cerita pasal raya 2019. Aku balik kampung 2 hari sebelum raya. Gara-2 tak dapat cuti awal, terpaksa balik lambat. Anak bini aku awal-2 dah mintak izin nak balik kampung kumpul ramai-2 dengan adik beradik aku. Bini aku kata kesian abah tak ada siapa masak raya.

Macam biasa bila sampai je rumah pagi tu aku dengan adik beradik lain masuk hutan cari buluh lemang. Dalam meredah perjalanan dalam hutan tu sempat angah tanya. Along tak balik ke tahun ni bah. Abah diam. Laju jalan ke depan.

Aku dah cuit-2 angah, tahu yang abah tak suka dia tanya soalan tu. tapi angah tetap berdegil. Masih tanya lagi. Lama abah diam. Bila dah sampai dekat pokok buluh, abah duduk tepi, aku dan adik beradik lain dah bersedia utk pilih buluh. Aku dengar abah mengeluh panjang. Keluh orang tua-2. Abah tarik nafas panjang sebelum bercakap.

“Abah ni dah tua angah. Apa yang abah harapkan cuma seorang anak yang jauh terpisah yang masih sudi hubungi dan lawat abah”

Oh ye lupa nak bagitahu. Along pindah semula ke johor bru2 ni. Katanya anak-2 perluukan dia. Tambah-2 ank bongsu dia. Abah macam biasa tak pernah halang tapi aku tahu jauh di sudut hati dia, cuma tahun yang tahu betapa sunyinya abah.

Aku menyampuk. Along ada call abah? Kak long? Abah geleng sambil kuis tanah dengan parang. Pendekkan cerita, malam tu aku cuba call along. Tapi bini dia yang angkat.

“Kenapa call? Tak payahlah call along korang lagi. Abah kan tak suka dia, korang pun sama. Kenapa masih nak cari dia? Nak duit? Nnt akak suruh dia transfer” belum sempat aku nak cerita benda sebenar habis disemburnya aku. S4kit hati punya pasal aku letak call tu.

Pasal duit kami tak kisah. Sikit pun tak kisah. Biar kami tak makan besar time raya, biar kami tak cukup duit asalkan abah bahagia. Senyum. Gembira tengok anak menantu cucu-2 semua. Memang abah kata abah marah, siapa yang tak marah. Tapi marah orang tua lama manalah sangat. Kena pandai pujuk.

Lepas balik terawih malam tu, abah duduk dekat beranda rumah. Adik beradik lain masih di dapur, tolong bini masing-2 buat kuih biskut raya bagai. Nak feel raya katakan. Aku pulak memang tak minat buat kuih raya bagai sebab bini aku bising, setiap kali aku masuk dapur dia halau ke depan. Aku pun hampir ke abah. Lagi empat tapak nak sampai, aku dengar abah mengomel perlahan.

“Melur (bukan nama sebenar) anak kita masih sama macam dulu. Tak ada apa yang saya harapkan lagi melainkan masa saya mn1gal nanti dia sempat lihat jenazah saya. Saya tak nak dia jadi macam masa awak dulu”

Aku slow-2 undur kebelakang. Diri belakang pi tu sambil tahan air mata nak keluar. Aku pasang telinga lagi nak dengar apa yang abah omelkan.

“Long, masa mak mengandung kau abaah orang pertama yang tak duduk diam. Siang malam kerja nak tampung kos hidup kita. Tak sangka, besar dah kau”

Siot, menitik air mata aku. Jatuh ego aku time tu. aku rasa macam nak melutut depan abah sekarang jugak tapi aku tahan. Aku tahu abah tengah meluah perasaan. Abah memang tak pernah cerita apa-2 pada kami. Hidupnya mudah, yang keluar selalu cuma ‘biarlah…’

Aku baru nak langkah pergi dekat abah, anak buah aku datang tegur tanya tokwan dia. Aku tnjuk dengan mulut, nak bersuara macam tak terkeluar pulak. Aku pergi dapur. Aku nangis atas bahu bini aku. Adik beradik aku semua tanya kenapa. Bila aku cerita semua pakat meleleh ayaq mata. Mujur anak-2 semua dekat luar. Kalau dorang nampak kami nangis berjemaah, takut kena ejek setahun tak habis.

Masa sahur tu, bini aku goncang badan aku sekuatnya sambil panggil nama. Katanya abah semput. Angah bawak abah pergi hspital. Kalut bini aku ajak pergi hspital time tu jugak maka pergila kami ke hspital dengan aku yang masih berkain pelikat, berbaju putih pagoda dan berselipar terbalik pas4ngan. Sampai-2 je nampak semua adik beradik ada kecuali along dan adik aku (oversea).

Aku tanya mana abah. Abah semput je kenapa semua mata berair ni. Acik pluk aku kata abah tak sedarkan diri. Semput. S4kit jantung dan macam-2 lagi. Abah simpan semuanya dari kami. Allahu, melutut aku masa tu. aku dah hilang mak. Aku tak sanggup hilang abah dalam masa terdekat. Aku tak habis berbakti pada abah lagi. Acik call along. Angah call juga. Semua yang ada dekat situ call along. Mintak balik tengok abah sebelum terlambat macam dulu-2. Tapi hampa. Tak jawab.

Sementara nak tunggu subuh, kami bergilir-2 jaga abah. Sorang jaga yang lain pergi solat. Memohon agar abah sembuh. Lagi sehari nak raya. Tak terbayang rasanya raya tanpa abah. Bini aku tak boleh solat jadi dia tunggu abah. Balik je kami dari surau berdekatan hspital, bini aku bagitahu along whatsapp. Tanya kenapa call. Dia di switzerland, beraya dengan keluarga wife dia di sana. Bini aku bagitaw abah s4kit. Tahu apa along cakap?

“Alah abah tu manja sangat. Biasalah s4kit-2 org tua. Nanti okaylah tu. abah tak jaga makan. Dulu along nak bawak abah pergi full checkup hspital abah tak nak. Tengok sekarang kan dah susah”

Wow…dulu kaulah yang sujud beria dekat kaki abah mohon ampun. Tapi tiba-2 cakap macam tu. cepatnya manusia berubah. Kami dah pasrah. Malas nak bagitaw dia apa-2 lagi. Adik aku yang dekat oversea tu pun kami fikir 10x nak bagitaw ke tak sebab dia ada final. Tapi fikir punya fikir kami bagitau jugak. Menyumpah sakan adik aku bila tahu along dia kat oversea. Satu negara dengan dia pulak tu. katanya nak aje kapakkan along.

Malam tu abah sedar. Alhamdulillah allah perkenan doa kami. Esok hari raya, kami balik ke rumah dan memulakan persiapan. Riuh rendah semula rumah. Abah naik kerusi roda, tak larat berjalan lagi katanya. Tak pe, kami sedia membantu abah. Abah request nak makan rendang daging itik, ketupat palas dan lontong.

Pkul 10 malam alang redah rumah jiran aku mintak nak beli itik belaan dia. Susah nak tangkap tapi tak pe demi abah dia gagahkan. Bini-2 kami drive jauh sikit keluar ke pekan cari barang memasak. Semua sanggup. Demi abah. Dalam pkul 12 macam tu abah nak tidur. Abah request tidur depan tv. Senang anak cucu nak berhimpit. Cucu-2 memang rapat dengan abah.

Maka berglimpanganlah mereka di depan tv. Kami pula bantu siapkan apa yang patut. Sambil masak, bini aku menangis. Entah kenapa dia rasa sayu sangat. Dia takut. Dia takut raya ni jadi raya terakhir kami. Kami yang lelaki cuma mampu diam. Pendam.

Pagi-2 raya, aku dan adik beradik lain mandikan abah macam abah mandikan kami masa kecik-2. Aku gosok belakang abah, alang syampu kepala abah, angah gosok kaki abah. Acik siram air. Abah senyum. Abah kata kalau ada naim dan along pun seronok ni. Jadi budak kecik balik semula abah korang buat ye.

Mata semua dah merah tapi tahan macho lagi. Aku cakap naik tak dapat balik raya ni bah,dia final. Seminggu lepas raya baru balik. Abah kata tak apa, semalam aiman (anak alang) dah apa tu nama dia dan call tnjuk-2 muka tu (video call). Aku angguk faham.

Dah siap abah kami pakaikan baju raya, wangi-2 semua, kami bawa abah ke masjid. Balik masjid sesi bersalaman pun bermula. Masa ni air mata semua jangan cerita. Anak-2 aku dan ank buah aku semua menangis sekali. Abah tak menangis. Sikit pun tidak. Abah cuma tersenyum. Bila tanya kenapa, abah jawab “semalam abah mimpi jumpa mak. Cantik yaa bini abah tu”

Lagilah semua tak keruan. Takut perkara nan satu itu terjadi. Malas fikir lebih-2, kami kasi abah rasa makanan yang direquest. Sengih abah. Katanya itik tu kegemaran along. Lagi-2 kalau dibuat rendang.

Belum sempat abah makan ketupat palas, abah semput. Berlari acik ambik gas abah. Sedut-2 tapi no action. Alang start kereta dan bawa abah ke hspital. Kami semua menyusul. Tapi Allah lebih sayangkan abah. Sampai hspital doktor kata abah dah tak ada. Hari raya pertama kami kehilangan abah.

Macam biasa kami call along dan bini dia yang angkat. Bila kami mklumkan, dia cuma cakap kami jauh nak balik. Naim pulak kami pasangkan video call supaya dia boleh tengok semua urusan pengkeb umian abah. Faham yang dia jauh.

Hari ni dah raya kedua. Tiada ucapa raya. Tiada kata maaf. Tiada call. Yang pasti along tengah bahagia beraya di switzerland. Tak jauh tempatnya dari adik aku naim. Tiada sebarang jengukan atau tiada sebarang pelawaan beraya bersama. Tak apa, doa aku pendek saja. Moga along rasa perkara yang sama suatu hari nanti.

– Yang Bersedih (Bukan nama sebenar) via iiumc by edisimalaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*