Umum
“Aku masakkan, mandikan mak dan berharap mak boleh berjalan semula” – Amy Search
Sebut sahaja tentang seorang insan yang bergelar emak, pasti ramai yang tersentuh dan tidak dapat menggambarkan perasaan kasih dan sayang mereka terhadap insan hebat ini. Walaupun mereka digelar dengan panggilan yang singkat, tetapi nilai seorang ibu dalam kehidupan anak-anak amat besar maknanya. Ada di segelintir mereka di luar sana yang mendambakan sosok seorang ibu dalam kehidupan kerana kurang bernasib baik tidak dapat merasakan belaian dan kasih sayang dari seorang ibu.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Begitu juga makna seorang ibu yang amat besar dalam diri seorang artis r0ck terkenal negara yang bernama Suhaimi bin Abdul Rahman atau lebih popular sebagai Amy Search dalam bidang hiburan.
Penyanyi, penulis lagu dan juga seorang pelakon ini memang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi namanya. Hanya memulakan kerjaya sebagai seorang pemain piano dalam kumpulan Search, dengan berkat doa ibunya itu dia telah menjadi seorang vokalis terkenal bagi kumpulan Search.
Berkongsi satu video yang telah dimuatnaik oleh isterinya di Instagram, Amy Search telah meluahkan betapa sayangnya dia terhadap ibu yang telah membesarkan dan melahirkannya. Dia mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga melihat ibu yang semakin beransur pulih dan sihat setelah dikeluarkan dari hspital pada minggu lalu.
Keikhlasan dirinya melayani ibu dengan penuh rasa kasih dapat dilihat melalui video tersebut dengan menyuap dan membantu ibunya yg kini sukar untuk berjalan seperti dahulu.
Turut tersentuh dengan caption pada video tersebut, Amy sendiri telah mengimbau kenangannya bersama ibu pada waktu ibunya masih sihat ketika dulu sering memasakkannya kuih dan mengajar kanak-kanak mengaji di kampung.
Setelah skit, banyak aktiviti hariannya yang tidak mampu dilakukan lagi seperti dulu.
Anak perempuan Amy Search iaitu Nabila Huda juga kelihatan pada video tersebut yang turut membantu neneknya itu yang kian sukar melakukan aktiviti seharian seperti biasa.
Walaupun sebelum ini, kontr0versi dan kesalahfahaman diantara kedua ayah dan anak ini telah berlarutan selama beberapa tahun, tetapi hubungan mereka berdua kini semakin pulih dan erat seperti sedia kala.
Para peminat dan netizen juga telah turut bersama bagi mendoakan kesembuhan ibu Amy Search agar dia dapat kembali sihat lagi.
Sikap positif yang dilakukan seperti Amy Search ini wajar dipertontonkan selalu buat para netizen dengan menggunakan platform yang betul agar dapat menjadi contoh teladan.
Ada di antara mereka di luar sana yg masih tidak menghargai ibu bapa mereka yang masih hidup dan bersama mereka. Semoga doa yg dipanjatkan oleh Amy Search terhadap ibunya akan dimakbulkan olehNya. Amin.
Sumber: Instagram Amy Search
Artikel ini disediakan oleh world-wide24. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen